Get Mystery Box with random crypto!

Adakah tempoh masa siang dan malam sama panjang semasa hari Ek | AstroMet Malaysia

Adakah tempoh masa siang dan malam sama panjang semasa hari Ekuinoks di seluruh dunia ?

Ramai yang beranggapan bahawa siang dan malam adalah sama panjang ketika Ekuinoks berlaku .

Benarkah ? Secara teknikalnya TIDAK

Kenapa ?

Untuk pengetahuan semua ,
Matahari ketika dilihat dari Bumi adalah berbentuk seperti piringan dan bukannya satu titik tunggal cahaya .

Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas Matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar Matahari di langit dikira pada pusat piringan Matahari .

Ketika terbenam pula , walaupun pusat piringan Matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk , namun sisi atas Matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat , ia masih dikira waktu siang .

Selain itu , pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera Bumi juga mempengaruhi pengiraan panjangnya waktu siang . Akibat pembiasan , sinaran cahaya Matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya jasad matahari sudah pun terbenam di bawah ufuk .

Jadi , apabila faktor Matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan cahaya Matahari melalui atmosfera diambil kira , waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam .