Get Mystery Box with random crypto!

surigae sudah membuka matanya pagi ini . Mata sesuatu siklon | AstroMet Malaysia

surigae sudah membuka matanya pagi ini .

Mata sesuatu siklon tropika ( hurikan , taufan dan lain - lain nama ) merupakan bahagian yang paling tenang sekali di dalam struktur sistem siklon tropika

Tetapi , berhampiran mata siklon tropika terdapat dinding mata yang mengelilingi mata .

Dinding mata merupakan bahagian yang paling dasyat dan ditakuti dalam struktur sistem siklon tropika kerana kekuatan angin yang terhasil di kawasan tersebut

Mana - mana kawasan di Bumi yang dilalui dinding mata , kerosakan dan kemusnahan yang dasyat mungkin berlaku berbanding kawasan yang berada pada struktur sistem siklon tropika yang lain .
..

Merujuk data yang dikeluarkan Pusat Amaran Taufan Bersama ( JTWC ) , kemaskini jam 05:00 AM , 17 April 2021 , kekuatan Surigae telah meningkat dengan begitu pantas . Ia telah pun mencapai status taufan kategori 4 mengikut skala Saffir-Simpson .

Purata angin kencang berterusan yang direkodkan selamat 1 minit di sekitar pusat sistem telah mencapai kelajuan 115 knots manakala deruan angin langkisau mampu mencapai kelajuan 140 knots .