Get Mystery Box with random crypto!

Tempoh hari bersungguh masing - masing rujuk Pusat Astronomi A | AstroMet Malaysia

Tempoh hari bersungguh masing - masing rujuk Pusat Astronomi Antarabangsa yang menyatakan hari raya Aidifitri pada hari Jumaat seolah - olah negara kita sendiri tiada badan yang berautoriti bagi menentukan bila hari raya .

Lani Pusat Astronomi Antarabangsa khabar lain pula .

Artikal asal yang dikeluarkan Pusat Astronomi Antarabangsa tempoh hari yang menyatakan hari raya pada hari Jumaat itu pun telah dikeluarkan dari laman sesawang mereka. Artikal itu hanya menceritakan tentang tempoh masa kenampakan anak Bulan di langit dari Matahari terbenam sehingga Bulan terbenam tanpa mengambil kira parameter yang lain.

Mudahnya macam ni, duduk di Malaysia rujuk badan berautoriti di Malaysia.