Get Mystery Box with random crypto!

Selain isu raya 21 atau 22 April, terdapat juga isu raya 20 Ap | AstroMet Malaysia

Selain isu raya 21 atau 22 April, terdapat juga isu raya 20 April 2023 . Ini rare.

Mustahil 20 April hari raya Aidilfitri.
Kenapa ?.

Terdapat dua jenis tempoh masa Bulan mengelilingi Bumi iaitu bulan Sideris dan bulan Sinodik.

Bulan Sideris :- Bulan mengambil masa sekitar 27.321661 hari atau 27 hari 7 jam 43 minit dan 12 saat

* Bulan Sideris merupakan tempoh masa Bulan melengkapkan satu kali mengelilingi Bumi relatif terhadap Bintang jauh.

Bulan Sinodik :- Bulan mengambil masa sekitar 29.530589 hari atau 29 hari 12 jam 44 minit dan 3 saat

* Bulan Sinodik merupakan tempoh masa Bulan melengkapkan satu kali mengelilingi Bumi relatif terhadap Matahari.

Untuk menyusun kalendar hijrah, yang dijadikan rujukan adalah bulan Sinodik.
Tempoh masa Bulan memasuki fasa Bulan baru sehingga ke fasa Bulan baru seterusnya mengambil masa sekitar 29.530589 hari. Anak Bulan atau Hilal hanya boleh muncul selepas Bulan memasuki fasa Bulan baru.

Bulan memasuki fasa Bulan baru pada jam 12:12 PM, 20 April 2023 atau bersamaan 29 Ramadan 1444 hijrah.
Jadi, pada petang 29 Ramadan 1444 hijrah itu barulah diadakan cerapan anak Bulan.

Jika anak Bulan kelihatan, 21 April kita akan menyambut Aidilfitri, jika tidak kelihatan, Ramadan digenapkan 30 hari dan 22 April kita akan menyambut Aidilfitri.

18 April dan 19 April itu Bulan belum memasuki fasa Bulan baru dan mustahil anak Bulan ada di langit arah barat ketika Matahari terbenam. Nak tengok apa ?

18 April dan 19 April itu Bulan dalam fasa sabit tua. Berada di langit arah timur sebelum Matahari terbit.

Pening pening pening . . .

Mustahil raya 20 April 2023 !