2022-08-02 06:10:19
Ini hidup aku dan inilah modal aku jika mahu perjuangkan tempatku di syurga-Mu.
Ini hidup aku, dan tetap juga aku mahu tinggalkan dunia ini dengan seinci kasih yang aku ada, juga dengan infiniti kasih Engkau buat mereka.
Justeru, maafkanlah aku atas apa-apa pun salah aku yang buat mereka salah sangka.
Sungguh, aku cuma mahu mencuba. Engkau terima atau tidak terima, tetap aku teruskan juga.
Pada tegas aku, pada lagak aku, Engkau Maha Tahu itulah aku, hamba-Mu yang siang malam bergelut kelemahan sendiri, yang sering tersungkur lagi dan lagi, kemudian harus terus menerus bangkit kembali.
Kerana aku cuma hamba, yang terlalu mahu ke syurga, walaupun tidak pernah layak untuknya!
Ya Rabb, sungguh syurga itu telah mustahil untukku, namun tidak mustahil dengan belas ehsan-Mu.
Engkau bantulah ... ampunilah ... Kurniakanlah husnul khatimah.
@bicarabulanofficial
451 views03:10