Get Mystery Box with random crypto!

99 Names ✨

Logo of telegram channel by99namesofallah — 99 Names ✨ 9
Logo of telegram channel by99namesofallah — 99 Names ✨
Channel address: @by99namesofallah
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 189
Description from channel

Ya Allah take good care of the person reading this Ameen 🌸
Halal For Copy ,share and all.
“Dialah الله tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (99 nama-nama yang baik).”
– (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8) 💫

Ratings & Reviews

1.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

2


The latest Messages 2

2021-05-03 02:11:18 123 of 365 ISNIN 21 RAMADHAN 1442H 03 Mei 2021

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..
#PrayertoremoveCovid19...

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam al-Qadr (malam kemuliaan) itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

Allah swt menyatakan bahawa ibadah di malam Lailatul Qadar lebih baik daripada ibadah di seribu bulan lamanya.

Berkata Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di rahimahullah:

“Amalan yang dilakukan di malam Lailatul Qadar lebih baik daripada amalan yang dilakukan di seribu bulan yang tidak terdapat Lailatul Qadar. Itulah yang membuat akal dan fikiran menjadi tercengang. Sungguh menakjubkan, Allah memberi kurniaan pada umat yang lemah dapat beribadah dengan nilai seperti itu. Amalan di malam tersebut sama dan melebihi ibadah pada seribu bulan. Lihatlah, umur manusia seakan-akan dibuat begitu lama hingga lapan puluh tahun".

Oleh itu, sesiapa yang masih diberi kesempatan masa, usia dan tenaga maka gunakanlah semaksimumnya untuk mentaati Allah dan melakukan kerja-kerja kebajikan agar dapat menjana pahala terbanyak dan teristimewa yang hanya ada pada bulan Ramadhan.

Talhah bin 'Ubaydillah bercerita:

"Terdapat dua orang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan masuk Islam. Salah seorang daripada mereka lebih rajin daripada yang seorang lagi. Orang yang lebih rajin ini pergi berjihad lalu syahid di medan perang. Sedangkan, rakannya terus hidup hingga meninggal dunia satu tahun kemudian.

Suatu malam, Talhah bermimpi berada di pintu syurga bersama kedua-dua orang tersebut. Seorang malaikat keluar dari Syurga, lalu mempersilakan orang meninggal lebih lewat untuk masuk ke syurga. Tidak lama kemudian, malaikat itu keluar lagi dan mempersilakan masuk bagi orang yang mati terlebih dahulu. Malaikat turut berkata kepada Talhah: "Pulanglah, masamu belum tiba".

Pada pagi harinya, Talhah menceritakan mimpi ini kepada para sahabat Nabi saw. Mereka berasa hairan dengan mimpi ini.

Rasulullah saw lalu bersabda: "Apa yang kamu hairankan?" Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, orang yang lebih rajin itu mati syahid dan meninggal lebih dahulu, akan tetapi mengapa rakannya yang lebih dahulu masuk syurga?"

Baginda bersabda: "Bukankah orang itu hidup satu tahun selepasnya?"

Mereka menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Bukankah ia mendapatkan Ramadhan dan berpuasa padanya?"

Mereka menjawab: "Benar, wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Bukankah ia melakukan banyak solat sepanjang satu tahun itu?"

Mereka menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Sesungguhnya, darjat antara kedua-dua orang ini adalah sepertimana langit dan bumi"

(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Dapat bertemu dengan Ramadhan adalah satu nikmat besar daripada Allah. Gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya untuk meraih darjat yang lebih tinggi di Syurga dengan menjaga kesucian puasa, memperbanyak solat sunat, melazimi membaca al-Quran dan bersedekah membantu mereka yang memerlukan

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya...

SEMOGA BERMANFAAT

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

سبحان الله الحمد لله لا اله إلا الله الله اكبر

@quotephotovideo
58K232
192 viewsليلي , 23:11
Open / Comment
2021-04-27 00:42:52
162 viewsليلي , 21:42
Open / Comment
2021-04-26 15:24:45 DOA RASULULLAH UNTUK DIBERI PETUNJUK MENENTUKAN YG BENAR DAN YG SALAH

Dalam kehidupan dunia yang begitu celaru dan penuh dengan fitnah hingga kadangkala sukar bagi kita untuk menentukan yang mana benar dan yang mana palsu, Rasulullah SAW mengajarkan kita dengan doa berikut untuk diamalkan agar Allah kurniakan kita hidayah dan petunjuk dalam membuat keputusan yang terbaik:

،اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ

،وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً، وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِساً عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya. Dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya. Janganlah ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
165 viewsليلي , 12:24
Open / Comment
2021-04-26 15:23:25 Terjumpa ayat ini yang dibacakan oleh ust Wadi Anuar dkt rancngan N to N neelofa dan nabil tu.
125 viewsليلي , 12:23
Open / Comment
2021-04-23 04:10:02 Jangan bermain dengan kata 'kalau' seolah menidakkan takdir.
152 viewsليلي , 01:10
Open / Comment
2021-04-12 05:13:36
195 viewsليلي , 02:13
Open / Comment