Get Mystery Box with random crypto!

CHAPTER 14 Lepas sahaja menjamu selera, mereka bertiga hanya | Cerpen By Me🥀☕️

CHAPTER 14

Lepas sahaja menjamu selera, mereka bertiga hanya merehatkan diri diruang tamu. Dhia daripada tadi hanya mendiamkan diri sahaja. Nak mencelah perbualan adam dan ayana pun macam tak kena gaya je topik dia.

Dia ini masih muda. Apa yang dia tahu pasal drama, artis kpop,lagu hit, senang kata yang berjiwa muda dia bolehlah. Ini adam dan ayana hanya berbual tentang kerja, kenangan zaman U dan hal-hal semasa yang memang dhia tak boleh nak masuk pun.

Akhirnya dhia diam sahaja sambil menonton televisyen. Walhal hatinya panas sahaja melihat ayana yang ketawa kecil bila adam menyelitkn lawak.

Haih... Panas ini. IKut hati rasa nak lempar aj ayana itu keluar. Sabar, dhia. Dia tetamu kut.

"Ayana,kereta ayana dan siap kat bengkel." beritahu adam. Baru sahaja tadi kawannya menghantar mesej bahawa kereta ayana sudah siap dibaiki.

"Oh kalau macam itu, jomlah hantar ayana."ayana dan adam sudah bangun.

Dhia pantas menutup televisyen. Kakinya melangkah ke arah adam. Takkan dia nak biarkan lagi adam berdua dengan ayana.

"Abang," panggil dhia.

"Ya?" balas adam.

"Kalau dhia nak ikut boleh tak?" soal dia.

Ayana dan adam berpandangan silih berganti. Adam hanya membalas senyum nipis.

"Sekejap aja,dhia. Abang tak lama pun." balas adam. Kepala dhia digosoknya.

Dalam hati dhia berdongkol geram. Dia tak suka kalau adam layannya macam anak kecil. Dhia mencebik kecil.

"Elok juga kala dhia ikut, adam. Ini sudah malam, nanti adam balik seorang diri pula." Celah ayana. Dhia menahan sahaja matanya daripada menjeling wanita itu.

"hmm kalau macam itu, dhia pergi pakai tudung. Abang tunggu dalam kereta." adam berkata.

"Yeayy!"

Dhia tersengih riang dan terus menghilangkan diri dalam bilik mereka.

#########

Sekali lagi, dhia rasa nak ketuk aja kepalanya di tingkap kereta. Walaupun dia wujud dalam kereta ini, dia masih seakan tak wujud diruang mata adam dan ayana. Aihhh.... sakit hati ini!!!!

"kata kawan adam, kereta ayana itu dah kurang air dalam radiatornya itu yang berasap teruk tu."ujar adam. Tangannya masih menggenggam erat stereng.

Sesekali anak matanya pasti lari memandang bayang ayana dicermin pandang belakang. Ayana yang berpurdah hanya menghela nafas lega.

"Nasib baik tak teruk sangat. Lgipun ayana sayang sangat kereta itu". balas ayana.

"Oh, itu kereta yang ayana beli masa pertama kali masuk USIM kan?" adam berkata.

"Aaah, adam ingat lagi?"

Kan dah kata, lepastu nanti mesti mereka akan flashback balik kenangan mereka. Dhia sudah mencuka.

"Ehem,ehem!!" dhia cuba berdehem mencuri perhatian.

Namun sayang, adam masih ralit berbual dengan ayana. Dhia menggenggam tapak tangannya geram. hatinya sudah membara panas penuh cemburu.

Untuk meredakan rasa amarahnya, dhia berpeluk tubuh dan memalingkan wajahnya keluar tingkap. panorama jalan raya yang sura dilimpahi cahaya lampu neon sahaja yang ada.

Tak kisahlah , asal boleh buat dia leka dan lupakan dua manusia yang tegar memulaukannya.

Kereta yang dipandu adam berhenti di sebuah bengkel kereta. Serentak itu adam dan ayana keluar daripada kereta.

Tanpa beritahu dhia, dhia menahan air mata yang berkaca.

Sampai hati adam buat dia macam ini.

: @CerpenByMe