Get Mystery Box with random crypto!

CHAPTER 18 'Dhia.' Dhia yang sedang berselubung dalam selimu | Cerpen By Me🥀☕️

CHAPTER 18

"Dhia."

Dhia yang sedang berselubung dalam selimut menjengukkan kepalanya. Sengihan lemah ditarik buat si ibu mentua. Puan Raudhah meletakkan semangkuk bubur ayam atas meja kopi.

Semenjak adam hantar dhia pagi tadi sampailah dah ke petang, dhia hanya berehat di ruang tamu dengan berselubung dalam selimut. Cuma kalau nak ke tandas dan mandi saja di gagahkan juga.

Selebihnya duduk di ruang tamu.

"Dhia nak makan?" soal puan raudhah.

Dhia mengelengkan kepala. Tekaknya memang tak boleh nak terima makanan. Kalau air boleh lah. Seleranya sudah terbang bersama-sama adam yang sedang bekerja di pejabat. Ceh.. mengada.

Puan raudhah meletakkan belakang tapak tangannya atas dahi dhia. Sudah suam -suam. Demam dhia pun nampak macam dah kebah sedkit. Puan raudhah duduk disebelah dhia.

"Macam mana dhia boleh demam ini?" penat buat kerja ke penat lain ni?" soal puan raudhah diselit sedikit nada nakal dihujung.

Dhia pantas mengeleng kepala. Kepalanya kembali di selubung dengan selimut.

"Mana ada , emak. dhia penat buat kerja rumah je." balas dhia jujur.

"Yeke? Ke sebab dah ada isi dalam ini?" Tapak tangan dibawa ke perut leper dhia. dhia tersentak.

"Eh tak adalah!!" pantas dhia menafikan.

Melihatkan kekalutan menantu mudanya, puan raudhah ketawa. Tangannya mengusap kepala dhia. Rambut hitam pekat yang terlucut selimut itu diusapnya.

Kalau dulu dia mahu anak perempuan selepas adam. Namun rezeki milik Allah. Selepas dia lahirkan adam, dia tidak mampu melahirkan zuriat lgi. Hanya adam lah satu-satunya anak yang dia ada.

Mungkin sudah tercatat takdir Tuhan dia hanya ada menantu perempuan. Tak kisahlah. Dhia pun dia sudah anggap seperti anak sendiri.

Dhia menyandarkan tubuhnya di sofa. Selesa dengan usapan yan diberi puan raudhah . Sedikit demi sedikit hatinya tergamit denagn kenangan bersama arwah ibunya. Senyuman hambar terukir di bibirya.

"Seminggu lepas nikah ni, adam layan dhia baik tak?" soal puan raudhah.

"Baik, mak. Sangat baik." balas dhia. seraya tersenyum kecil. Mengingatkan setiap layanan adam padanya buatkan dia sering jatuh cinta.

Tak salahkan jatuh cinta pada suami sendiri.?

"Lega mak dengar. bukan apa lepas je adam berpisah dengan bekas kekasihnya, dia langsung beku dengan perempuan. Itu yang dia suruh mak carikan calon isteri dia."

Bekas kekasih? adam ada ex? Terus dhia menegakkan tubuhnya.

"Hmm.... abang pernah bercinta ke?" soal dhia.

Puan raudhah mengangguk. Rasanya dhia berhak tahu. Dhia kan isteri adam juga.

"Pernah. Dengan seorang perempuan yang namanya ayana. " dhia tersentak mendengar balasan puan raudhah.

Kak ayana? bekas kekasih adam? Kenapa dhia rasa tertipu sangat ni. Sedikit demi sedikit hatinya menggelegak panas. Panas dengan bara cemburu.

Fikirannya berputar pada kejadian tempoh hari di mana adam membawa ayana ke rumah mereka. Setiap layanan dan gelak tawa adam kepada ayana berlegar dalam mindanya.

Tak syak lagi macam mana ayana boleh tahu sisi diri suaminya.

"Budak itu baik, sopan, muka pun cantik. Tapi tulah jodoh mereka tak panjang. Ibu ayana dah jodohkan ayana dengan seorang lelaki kenalan ibunya. Nak tak nak adam terpaksa lepaskan ayana. Beberapa bulan jugalah adam makan hati. Susah katanya nak move on." puan raudhah terus bercerita tanpa menyedari riak masam dhia."Mak pun dah anggap ayana itu macam anak mak sendiri."

'Berapa lama diorang bercinta, mak?" soal dhia lagi.

"Lama jugalah... daripada universiti lagi."

Lamanya.. dhia mula tak keruan. Tak mustahil cinta yang adam cuba tanamkan boleh muncul kembali. Lagipun layanan adam pada ayana sangat istimewa.

Dhia mula rasakan ayana saingannya walaupun dia sudah menjadi isteri sah adam, Boleh je kalau adam memadukannya. Boleh je kalau adam menceraikannya dan mengahwini ayana. Boleh je ayana meminta cerai dari suaminya untuk bersama dengan adam,

Ahhhhhh!!!!! ini rasa makin pening. Nenek... Dhia sakit hati ni..


: @CerpenByMe