Get Mystery Box with random crypto!

CHAPTER 20 'Nanti dhia tanya suami dhia dulu . boleh?' 'Haa | Cerpen By Me🥀☕️

CHAPTER 20

"Nanti dhia tanya suami dhia dulu . boleh?"

"Haa okay-okay. Kalau suami dhia bagi,dhia ikut."

Talian terus dimatikan. Kemudian dia berlari anak keluar daripada kamar mereka. kepalanya terteleng ke kiri dan kanan mencari figura adam. Lepas sahaja solat subuh, adam terus keluar daripada bilik.

"Abang?" dhia ke ruang tamu. Dilihat adam tersengih memandang skrin telefon yang sudah gelap.

Apa kena itu?

Sedar akan kehadiran dhia, adam mematikan sengihannya. Keningnya diangkat pada dhia.

"Kenapa abang sengih sambil pandang telefon tu?" soal dhia musykil. Macam gaya orang tengah dilamun cinta aja.

"Err... tak ada apa-apa. Kenapa cari abang?"

Dhia terus duduk disisi adam, Tapak tangan adam terus ditarik dan disatukan dengan tapak tangannya yang kecil. Belakang telapak tangan adam diusap.

"Abang.. kalau dhia nak keluar dengan kawan dhia boleh tak?" pinta dhia. Anak matanya terus memanah ke wajah adam.

"Hmm.. bila? kat mana? dengan siapa?" terus adam bertanya.

'Tengahari nanti. Dalam pukul 1 petang. Tak jauh pun dekat ioi mall je. Dhia keluar dengan kawan masa sekolah dhia." balas dhia.

Telapak tangan adam dalam genggamannya terus dibawa ke pipi sambil menunggu jawapan daripada adam.

"Kawan lelaki ke perempuan?"

"Semua kawan perempuan. Empat orang. Ala... yang namanya dila, aini, erin dengan haifa. Dhia pernah kenalkan dekat abang masa majlis kahwin kita hari itu." dhia memberitahu dengan terperinci.

Adam mengangguk.

"Pergilah. Tapi pastikan balik sebelum malam. Kalau boleh sebelum pukul 6 petang. Okay?"

Dhia sudah tersengih teruja. Dengan pantas dhia mengucup pipi adam lama dengan sengihan yang lebar. Kucupan dilepaskan.

"Terima kasih!!! Sayang abang ketat-ketat!!!"

"Alah sebab kasi keluar aja yang sayang." sengaja adam bertutur seakan berjauh hati. Dhia mencebik.

"Mana ada!! dhia sayang abang selalu tau. Tak pernah kurang tetapi makin bertambah setiap hari."

Adam tersenyum mendengar pengakuan dhia. Tapak tangan dhia dalam genggamannya diusap perlahan.

"Yeke? Habistu tergamaknya dhia nak tinggalkan abang sorang kat rumah ini."

"Habistu takkan abang nak ikut girl day out pula?"

"Hmm.. Kesian abang. Tiba-tiba rasa tak nak dhia pergi. Duduk rumah je layan abang ni haaa.." muncul perangai manja adam ni. Kadang-kadang mengalahkan dhia yang muda ni.

"Abang jangan nak mengada -ngada. Abang dah bagi permission."

"Yela...yela... Dhia pergilah. Before that abang nak hadiah."

Terkelip-kelip mata adam memandang dhia. Dhia yang berwajah innocent memandang adam dengan persoalan. Hadiah apa?

Dia bukan ada duit nak beli adam hadiah pun.

'Abang nak apa?"

"Abang nak..." adam mengetuk dagunya kemudian memandang dhia atas dan bawah. Kemudian terhenti ditengah-tengah . Dhia juga jatuh pada pandangan adam berlabuh.

Matanya membulat. Pantas dadanya ditutup dengan gelabah.

"Abang!!"

"Alaaa... bukan dosa pun. Nak pergi ke tak?" sengaja adam mengugut.

Wajah dhia tak usah cakaplah. Merah kemain. Orang tua pervert betul. Nasib suami.

"Hmm yelah."

"Hehe... sayang dhia abang ni."


: @CerpenByMe