🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Dalam berpantang lebih baik rasa hangat daripada badan rasa se | GAYA SIHAT CANTIK 💙 petua tips hack by t.me/GayaSihatCantik

Dalam berpantang lebih baik rasa hangat daripada badan rasa sejuk. Bila sejuk badan senang masuk angin. Senang macam macam penyakit masuk.

Saya share cara buat air sedap ni ya.
Buat kudap kudapan dalam pantang.
Minum ni pun kenyang tau. Asik air milo dengan oat je kan, kita buat air sedap ni pulak.
Lepas minum ni kompom korang akan berpeluh & rasa segar.
Kentut kentut & mudah buang air lawas la katakan.

Bahan bahan ni korang p satu tempat je.
Kedai sensei cina tu semua ada.
Kecuali halia muda dengan serai je la kan... hehehe

Korang buat la sukatan lebih sikit macam saya buat.
Boleh minum dalam 2 hingga 3hari, just hangatkan je bila nak minum.

Tak perlu tambah gula. Hanya masukkan semua bahan yang ditunjuk tu je.
Sebab longan ataupun mata kucing kering da manis.
Lo han kuo pun rasanya manis. Manis buah la...

Kalau korang tak cukup bahan macam saya buat tu. Korang just guna

Kurma merah
Mata kucing / longan kering
Halia muda
Serai
Lo han kuo

5 bahan ni pun dah ok.

Saya suka tambah BERI GOJI kering tu untuk penjagaan mata. Memang bagus untuk terangkan mata.

Kalau korang tanya dekat kedai sensei apa yang bagus untuk mata?

Automatik dia tunjuk buah beri goji. Tapi dia panggil buah ni lain. Saya pun tak ingat apa nama cina dia.
Buah ni la yang terbaik untuk mereka yang rabun selain amalkan lobak merah.

Kenapa saya masukkan KURMA MERAH & kurma hitam? Khasiat kurma merah & kurma hitam sama. Boleh menambah darah & jadikan wajah kita cantik nampak bermaya.
Tak lah nampak pucat je kan.

Buah LONGAN atau mata kucing kering memang bagus untuk menghangatkan badan. Lebih lebih lagi bagi ibu yang baru melahirkan.

Korang guna HALIA MUDA tau.. fresh sangat baunya berbanding halia tua.
Halia muda ni bila kita masak lagi sedap rasanya. Panas pedas rasanya.
Halia muda ni pun boleh detox badan kita tau. Buang angin & buang toksin. Boleh kurus jugak tau..
Lawas sangat!

Tak kurang hebatnya juga dengan SERAI. Serai ni banyak manfaat rupanya, ada depan mata senang je nak dapatkan. Serai boleh wangikan badan kita. Detox badan & buang angin. Elok juga diamalkan bagi mereka yg diabetis.
Boleh turunkan berat badan jugak rupanya.
Korang try la google kebaikkan serai.

LO HAN KUO ni special, tak mahal pun benda ni. Sebenarnya nilah kundur dalam bentuk gula.
Banyak manfaatnya tau.
Korang kena cari Lo hankuo ni.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @GayaSihatCantik