🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Cara nak dapat kelebihan Lailatul Qadar secara umum bagi orang | Hati kuat♥

Cara nak dapat kelebihan Lailatul Qadar secara umum bagi orang yang berpuasa dan bagi mereka yang uzur termasuklah wanita haid, nifas dan keuzuran lain.

Adakah wanita haid ada peluang? Jawapannya dibawah.

1. Secara umum bagi orang yang boleh berpuasa, syarat minimum untuk dapatkan kelebihan lailatul qadar dengan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Ini ialah pandangan Imam as-Syafie dan Imam Malik. [Raudhah al-Tolibin 2/390, Lataif al-Ma'arif 1/185]

2. Disisi Mazhab Syafie, hidupkan ibadah malam Lailatul Qadar ada 3 level. Level 1 (Top tier); Memperbanyakkan solat sunat. Level 2: Banyak zikir. Level 3 yang paling minimum iaitulah solat Isyak dan Subuh berjemaah. [Nihayah al-Zain 1/198]

3. Wanita yang haid, nifas atau mereka yang uzur tak berpuasa boleh dapat lailatul qadar ke? Boleh menurut pandangan sebahagian ulama antaranya Imam ad-Dahhak. Asalkan amalan sehariannya diterima Allah, dia berpeluang dapat lailatul qadar. [Lataif al-Ma'arif 1/192]

4. Wanita haid dan orang uzur termasuk tidak dapat masuk dalam level 1 dan 3 kerana keduanya berkaitan solat. Tapi mereka dapat masuk ibadah level 2, zikir. So, banyakkan zikir, berdoa, istighfar sepanjang siang dan malam Ramadan, insyaAllah dapat Lailatul Qadar.

5. Macam mana nak tahu dapat ke tak Lailatul Qadar? Tak nampak pun tanda apa-apa? Kena nampak tanda ke? Nampak tanda bukan syarat dapat lailatul qadar. Kalau dah beribadah dengan ikhlas, diterima amalan insyaAllah dapat lailatul qadar. Kalau nampak tu, bonus. [Nihayah al-Zain 1/198]

Ad-Dien Abdul Kadir
Ahad 2/5/2021
20 Ramadan 1442H
https://twitter.com/AdDien90/status/1388866177271701504?s=19