2022-01-15 19:44:47
This is just a random thought sebelum tidur.
Kita berhak untuk tenang. Kalau rush pun, nak pergi mana sangat kan. Semua orang ada pace masing-masing. Kalau kau tengok orang lain dah habis study, dah kerja, kahwin, dah ada anak— tak semestinya kau perlu terkejar-kejar untuk miliki apa yang diorang ada. Tak perlu pun.
Kalau kau tengah study, haa study dulu baik-baik. Habis nanti, kerja ka apa ka. Boleh buat apa yang kau nak. Nak sambung belajar lagi pun boleh. Kalau kau tengah kerja pula, teruskan usaha kau untuk cari rezeki halal. In shaa Allah, apa yang kau buat kerana Allah itu akan ada hasilnya. Hidup ni, kut mana pun ada timeline dia sendiri. Tak perlu rush. Good things take time, kan?
Jadi for now, kita just live within the moment. Tak perlu terkejar-kejar untuk hidup di masa depan atau terpuruk di masa lalu. Hidup untuk hari ini, ketika ini, waktu ini. Yang berlalu, biar berlalu. Yang akan datang, kita biar Tuhan tentukan. Yang penting buat masa sekarang, kau doa, usaha dan tawakal. Kemudian redha dengan ketentuannya setelah apa yang kau doa, usaha dan tawakal.
Bersyukur— tu paling penting. Okay, buddy?
Dah, jom tidur. Moga kau bangun tidur nanti dengan berita yang baik . Jaga diri!
Sayang,
Kinah.
38 viewsAkifamrann., 16:44