Get Mystery Box with random crypto!

Aku nampak kelas di tingkat atas pintunya sekali terbuka dan t | 🎭Seram Mistik🎭

Aku nampak kelas di tingkat atas pintunya sekali terbuka dan tertutup. Aku perhati pintu itu untuk memastikan adakah disebabkan angin. Sah, memang pintu tu buka tutup sendiri. Aku pun buat-buat tidur sementara menunggu waktu balik. Selepas kes tu, maka cuti hujung tahun pun tiba. Aku tidak mahu memikirkan perkara itu sepanjang aku bercuti di kampung.

Tingkatan 2
Kisah ni berlaku pada pertengahan tahun. Cikgu membawa kami ke makmal bahasa untuk belajar. Mungkin belajar di makmal bahasa lebih seronok sebab tu cikgu bawa kami untuk belajar di situ. Ianya terletak di tingkat paling atas sekali. Dekat situ juga sangat sunyi jika dibandingkan dengan tingkat yang lain. Memang mengundang rasa seram sejuk ditambah dengan persekitarannya yang gelap. Berbanding perpustakaan, persekitarannya gelap tapi sentiasa ada orang lalu lalang di situ. Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang bilik muzik yang berada di depan bilik makmal bahasa.

Selesai belajar, kami pun balik ke kelas masing-masing. Semasa dalam perjalanan pulang ke kelas, aku terhenti kerana terdengar suara yang pelik dari bilik muzik. Lama aku tenung bilik muzik tu sampai rakan kelasku memanggil aku dari jauh untuk balik ke kelas. Aku mengambil keputusan untuk melihat bilik tu waktu balik nanti. Setibanya waktu balik, macam biasa, aku balik lewat untuk pergi ke bilik muzik tu. Aku naik secara senyap-senyap dan setelah sampai di atas, keadaan di tingkat ni memang sunyi. Aku melihat bilik muzik dari luar tingkap, gitar yang berdiri teguh tiba-tiba terjatuh. Aku pun terkejut. Macam mana gitar tu boleh terjatuh? Tiba-tiba aku terdengar orang menjerit minta tolong tetapi suara dia garau sikit, “TOLONG AKU, TOLONG AKU, TOLONG AKU. Aku pun lari lah lintang-pukang ke bawah dan terus ke tempat bas (tingkatan 2 dah naik bas). Siapalah nak tolong kalau tingkat atas sekali tu memang sunyi.

Selepas cuti hari raya dah habis, kami sekolah seperti biasa. Aku cuma duduk diam di kelas sementara orang lain bercerita tentang hari raya di kampung. Bosan juga lah masa tu hanya mampu menconteng buku sahaja. Ketika waktu balik, aku tutup pintu kelas aku dan kelas yang lain. Dari kelas aku ke kelas sebelah dan kelas seterusnya, lebih kurang enam kelas pintunya aku tutup. Tetapi selepas tutup pintu kelas terakhir, pintu kelas aku terbuka semula sedangkan aku dah tutup rapat. Mustahil angin yang menyebabkan pintu kelas aku terbuka semula. Aku rasa pelik kemudian aku berlari ke kelas aku dan tutup semula pintu. Tiba-tiba aku ternampak seperti ada seorang lelaki berada di hujung koridor memandang aku dari jauh dan masuk ke kelas terakhir tadi. Aku pun pergi lah ke kelas tu. Tapi bila sudah sampai, tiada sesiapa pula di dalam kelas tu. Bulu roma aku mula meremang, memang aku nampak ada orang masuk ke kelas ini tadi, tapi bila tengok tiada orang pula. Aku pun tutup lah pintu tu dan terus balik.

Tinggal beberapa hari lagi nak masuk cuti hujung tahun, masa tu aku dengan beberapa pelajar lepak di kantin sementara menunggu pagar sekolah tiada orang, baru kami balik. Memandangkan sudah tiada orang cuma kami sahaja di kantin, kami pun balik. Ketika nak balik aku ada merasakan sesuatu seperti ada orang memerhatikan kami. Dalam keadaan tercari-cari, aku nampak ada seorang perempuan berambut tocang melihat kami dengan tajam di tingkat sekolah paling atas sekali. Aku pun panggil lah mereka sambil tunjuk perempuan itu. Mereka hairan dengan aku, mereka tidak nampak sesiapa pun di tingkat atas tu. Aku pun suruh cepat-cepat balik takut ada benda tidak diingini berlaku.

Kisah ini berlaku setiap kali aku balik lewat di sekolah. Kisah ini aku tak pernah cerita dengan sesiapa pun sehingga hari ini termasuk rakan sekelasku. Semasa tingkatan 3, aku cuma sekolah selama sebulan sahaja di sana kemudian aku pun pindah sekolah. Maaf sekiranya cerita aku ini tidak berapa seram dan maaf juga sekiranya penulisan aku tidak baik.

Credit: Eez

TAMAT

@kisahserammistik