Get Mystery Box with random crypto!

#mistik385 Hari ni aku rasa terpanggil nak berkongsi kisah an | 🎭Seram Mistik🎭

#mistik385

Hari ni aku rasa terpanggil nak berkongsi kisah anak buah aku dan aku. Aku tak reti nak karang cerita sangat harap korang faham-faham je la. Kisah ni bermula apabila abang aku dapat berpindah ke sebuah sekolah di perkampungan orang asli di negeri Z bukan nama sebenar. Tapi tak la pendalaman sangat kira nak ke bandar pon dalam setengah jam, ok berbalik kepada cerita aku, abang aku mohon untuk tinggal di kuarters yang disediakan sebab nak ulang alik kalau cari rumah sewa pon jauh kebetulan sekolah sebelah dengan kuarters.

Sebulan pertama duduk dekat situ tak ada kejadian yang pelik kami jalani kehidupan macam biasa. So aku bagi gambaran la keadaan situ kuarters bersebelahan dengan asrama dan asrama sebelah sekolah. Belakang kuarters ada surau lama untuk pelajar muslim dan selalunya digunakan bila ada kelas kafa. Kuarters dua unit satu baris. Korang imagine la sendiri. Sebelum kuarters dan asrama ni dibina dahulunya tempat simpan mayat dan tanah perkuburan. Bulan berganti bulan hari berganti hari genap setahun kami tinggal kat situ walaupon macam-macam cerita kami dengar dari penghuni lama tapi alhamdulillah tak ada kejadian pelik lagi terjadi, tapi ku harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Anak buah aku lelaki berusia 3 tahun, dengan usia begitu dia dapat mampu lihat benda halus tapi tak semua. Dalam rumah ada satu bilik bawah tangga iaitu stor dan hadapannya tandas, setiap maghrib dia akan nampak kelibat seorang kanak-kanak berlari tembus dinding, lepas tu dia akan sebut benda yang dia nampak tu. So benda ni kerap berlaku sampai la abang aku minta kawannya untuk ubatkan anak buah aku sebab tak nak benda ni berlarutan.

Bila dah berubat benda ni tak habis kat situ, aku pulak yang mula diganggu. Bila siang hari aku sorang dekat rumah yang lain bekerja jadi bila kemas rumah atas memang meremang, setiap kali kemas bilik aku akan sentiasa rasa seperti diperhatikan, tapi aku masih abaikan. Tak cukup dengan tu pintu bilik air pernah terkunci sendiri mujur ada orang dekat rumah. Lepas aku cuba berubat benda tu berhenti sekejap. Tapi 3 bulan lepas tu dia galak kacau aku. Jiran aku selalu balik kampung, rumah kami jenis bersambung jadi aku boleh dengar kalau ada bunyi dari rumah dia dari dalam bilik. Malam tu aku berehat tiba-tiba aku dengar bunyi macam perabot dialihkan, terus aku tanya abang aku yang jiran aku masih ada kat rumah ke, abang aku cakap dia dah balik petang semalam. So memang benda tu yang buat bising. Setiap malam aku dengar guli bergolek atas bumbung. Barangkali dah terbiasa aku jadi lali dengan benda ni.

Masa banjir 2014 kamu terkepung semua orang balik kami je tinggal disitu. Air, api semua tak ada lilin jadi peneman. Hari tu abang aku tidur awal tinggal aku tkebil-kebil dok dalam bilik mata cerah lagi. Aku nampak kelibat benda berbungkus dekat pokok pisang sebelah rumah aku, terus aku tutup tingkap baru nak bangun tutup pintu bammm pintu bilik aku macam dihempas dengan kuat walhal angin pon tak ada. Aku pejam mata paksa tidur, jam 3 pagi samar-samar aku dengar suara orang azan. Tapi awal lagi. Yea memang jelas suara azan, nak kata pengawal bukak tak kan la sampai bilik aku dengar. Aku bangun niat nak ke dapur dengan bantuan telefon 3310 aku bukak lampu hujung siling bilik macam ada satu benda tergantung, berbulu dan besar. Aku panik terus berselimut panas, berpeluh aku abaikan sampai akhirnya aku terlena. Seminggu selepas kejadian aku sekali lagi diganggu paling teruk dalam hidup aku. Aku tumpang mandi di asrama sebab masa tu air tangki asrama je banyak untuk kami mandi dan ambil air. Kebetulan masa tu tinggal aku sorang yang lain dah balik, pintu tandas sebelah diketuk bertalu-talu macam nak roboh kemudian senyap tak habis disitu pintu tandas aku pulak diketuk tapi bila intai tak ada kaki orang apatah lagi bayang. Cepat- cepat aku selesaikan urusan dan bergegas balik tapi nasib aku malang pintu tandas terkunci, aku ketuk jerit kalau-kalau ada orang datang.