Get Mystery Box with random crypto!

🎭Seram Mistik🎭

Logo of telegram channel kisahserammistik — 🎭Seram Mistik🎭 S
Logo of telegram channel kisahserammistik — 🎭Seram Mistik🎭
Channel address: @kisahserammistik
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.23K
Description from channel

Kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat dijelaskan oleh sains 👻
Perkongsian Cerita/Kisah/Pengalaman Boleh Send ke @HoloriaBot dan Akan Diforward Dalam Channel

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 2

2021-09-06 02:49:10 #mistik383

Aku ingin menceritakan kisah yang berlaku kepada diri aku ketika di tingkatan 1 & 2 (2016-2017). Kisah ini berlaku dekat sekolah lama aku di Sabah. Masa tu aku sekolah di sesi petang. Aku seorang yang pendiam masa tu. Sepanjang aku di tingkatan 1 & 2, aku adalah jenis yang suka balik lewat. Semasa orang lain dah balik, aku masih berada di sekolah kerana masih ramai pelajar berada di pintu pagar sekolah. Jadi, aku balik lewat sehingga sekolah betul-betul sunyi. (kisah ini hanya berlaku di sekolah pada waktu senja).

Tingkatan 1
Kejadian ini berlaku apabila waktu balik, aku pergi ke kantin untuk duduk sementara menunggu pelajar lain balik. Masa tu kantin sudah sunyi hanya ditemani angin yang dingin. Di sebalik angin yang dingin, aku terdengar pili paip sinki di tandas lelaki terbuka. Pada awalnya aku tidak hiraukan, mungkin ada orang sedang mencuci tangan. Tiga minit kemudian, pili paip masih lagi kedengaran. Aku masa tu fikir ada orang tengah bazirkan air. Aku pun pergi ke tandas untuk memastikan apa yang berlaku tetapi tiada sesiapa di dalam tandas. Aku mula rasa tidak sedap hati ditambahkan pula rasa seram sejuk. Dengan tidak melengahkan masa, aku tutup pili paip, ambil beg dan keluar dari sekolah. Semasa keluar dari sekolah, pakcik pengawal keselamatan dari tadi memandang aku dengan wajah yang pelik. Kenapa dia pandang aku macam tu, aku tak nak ambil tahu. Aku cuma tak nak tertinggal van. Aku berlari ke tempat menunggu van yang hantar aku balik ke rumah. Apa yang berlaku tadi, aku sendiri tidak pasti. Pili paip terbuka sendiri, tapi tiada seorang pun di dalam tu. Tempat menunggu van tu lebih kurang 1 kilometer setengah dari sekolah. Ketika lalu dekat tempat orang bermain bola, aku nampak ada seorang pakcik dengan beberapa orang remaja sedang lepak di pondok. Tetapi yang peliknya, pakcik tu tak dilayan seolah-olah mereka tidak nampak kewujudan pakcik itu. Tanpa berfikir panjang, aku pun meneruskan perjalanan dalam keadaan berpeluh menuju tempat menunggu van. Maklumlah, berlari tadi. Setibanya di tempat tersebut, van hampir meninggalkan aku. Nasib baik sempat masuk. Kalau kena tinggal, tentu kena marah dengan ibu bapa dekat rumah.

Beberapa hari kemudian, aku masih dengan tabiat aku iaitu tunggu di sekolah sementara menunggu pelajar lain dah balik. Semasa melihat pemandangan di koridor bilik KHB (Kemahiran Hidup Bersepadu), aku terdengar ada orang sedang bercakap-cakap di tingkat dua. Suara mereka jelas didengari. Aku pun melihat ke atas untuk memastikan siapa yang sedang berbual. Tetapi tiada siapa pun yang berada di tingkat dua. Kosong pula tingkat tu. Aku pun ambil keputusan untuk keluar dari sekolah. Masa nak keluar dari sekolah, tiba-tiba terdengar bunyi orang berlari berkejaran. Aku pun jerit lah, “siapa tu”. Tiada siapa pun yang menyahut. Tiba-tiba ada hentakan kaki di koridor atas, aku pun lari meninggalkan tempat tu. Setibanya di tempat menunggu van, aku bernasib baik van belum datang.

Dua bulan tiada benda pelik berlaku sehingga bulan oktober. Mata pelajaran Bahasa Melayu, cikgu membawa kami ke perpustakaan. Laluan di luar perpustakaan memang gelap sebab perpustakaan berada di depan bilik guru 3. Sepanjang berada di perpustakaan, aku hanya membaca buku dan bosan. Sedang khusyuk membaca buku, aku ternampak ada kelibat di luar perpustakaan. Aku cuba meneliti. Kelihatan seorang lelaki dengan baju berlumuran darah. Perasaan takut terus menyelubungi, meremang, memang seram kalau lihat lelaki tu. Aku tutup muka dengan buku. Bila tengok balik, ‘benda’ tu sudah tiada. Kawan aku yang duduk di sebelah melihat aku dengan kehairanan, dia tanya kenapa dengan aku. Aku hanya memberitahu yang aku terkejut mimpi jatuh dari bangunan. Kalau aku beritahu dia tentang apa yang aku nampak tadi, sudah tentu dia tidak percaya.

Peperiksaan akhir tahun pun sudah berakhir, maka ramailah dekat kelas aku yang berbual tentang cuti hujung tahun. Ada yang balik kampung, ada yang bercuti ke tempat menarik, ada yang duduk rumah sahaja. Aku cuma duduk diam di tepi tingkap sambil memandang kelas lain.
438 views23:49
Open / Comment
2021-09-06 02:48:50
418 views23:48
Open / Comment
2021-08-29 07:30:05
#mistik382
#CeritaPendek
764 views04:30
Open / Comment
2021-08-29 07:15:02
#mistik381
#CeritaPendek
688 views04:15
Open / Comment
2021-08-29 07:00:01
#mistik380
#CeritaPendek
597 views04:00
Open / Comment
2021-08-29 06:06:24
#mistik379
#CeritaPendek
584 views03:06
Open / Comment
2021-08-29 06:05:31
#mistik378
#CeritaPendek
549 views03:05
Open / Comment
2021-08-29 06:02:07
516 views03:02
Open / Comment