2021-01-28 02:32:02
Assalammualaikum & selamat pagi semua
Sy sering menerima beberapa soalan lazim yg kerap ditanya berkaitan DROPSHIP terutamanye bagi yg baru nak berjinak2 dalam bisness online Antara soalan2 yg sering ditanya:
"Sis boleh explain x macam mane nak jadi dropship"
"Sis join DS sis kena buat ape2 bayaran ke?"
"Sis nak jual produk nie dengan harga berapa?"
"Sis kalau cust nak order boleh post terus ke alamat cust atau sy jugak yg kena post?"
"Sis macam mana nak promote?"
" Harga yg sis bg tu harga beli kan bkn harga jual,harga jual sy yg tetap kan ke atau mcm mana tu sis? " P/s : Dan pelbagai soalan2 lain lagi yg ditanya..Ambil soalan yg penting2 je..Malas sy nak taip panjang2,lenguh jari Baca tau serba sedikit pasal dropship bagi yg xfaham lagi konsep "DROPSHIP" nie
MAKSUD DROPSHIPSekarang ini sesiapa sahaja pernah dengar tentang informasi dropship. Tapi apa itu dropship? Mungkin uolls tertanya-tanya bagaimana perniagaan dropship itu dijalankan dan mudah ke?
Mungkin agak janggal bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi apakah itu kaedah dropship. Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.
TANPA MODALBagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, mereka pasti mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan? Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.
KAEDAH DROPSHIPDropship adalah memerlukan uolls mempromote barang tersebut dilaman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, uolls tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Uolls hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila uolls dapat tempahan, uolls hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk uolls. Sebut pula pasal harga, uolls jual produk tersebut dengan harga pasaran/mark up sendiri dan uolls bayar supplier tersebut dengan harga dropship. Menarik bukan?
Promote produk di mana-mana sahaja (yang sesuai)1. Pembeli membeli produk tersebut dengan uolls.
2. Pembeli bayar uolls dengan harga pasaran. Uolls sebagai dropship/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga dropship.
3. Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan uolls.
Semoga Bermanfaat..TQ yg sudi membaca
by admin @nharissa
137 views23:32