2021-09-04 17:51:06
Apa yang dilalui kita mungkin tidak sama,
Tapi yang aku pasti sama ialah,
Rasa penat yang terkadang membuatkan kita ingin berputus asa.
Aku juga penat, kita semua penat.
Pesanku hari ini,
Jika penat itu menguasi kita,
Berehatlah seketika.
Disaat kau rasa mahu mengalah,
Ingatlah bahawa ingin memulakan sesuatu kembali adalah tidak mudah.
Setelah segala jasa yang telah banyak kau usahakan selama ini,
Teruskan kuat walau keadaan terkadang memaksa kau untuk menjadi lemah.
Kerna di setiap penat lelahmu percayalah,
Tuhan itu akan gantikan dengan kejayaan dan kebahagiaan dihujungnya nanti.
Berhenti sejenak dan berehatlah seketika jika kau merasa lelah,
Bukan selamanya.
Moga penantianmu selama ini,
Membawa afwah yang besar dalam kehidupanmu di dunia mahupun di akhirat kelak.
Moga.
312 viewsBEN, 14:51