Get Mystery Box with random crypto!

European Central Bank dijangka akan menaikkan kadar faedah seb | Market Demon

European Central Bank dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak suku mata berikutan lonjakkan sebanyak dua kali ganda berbanding yang telah dirancang pada bulan September.

ECB telah berjanji untuk menaikkan kos pinjaman buat kali pertama sejak lebih daripada sedekad. Responden mengatakan bahawa ia akan meningkat lagi pada setiap kali menyuarat diadakan pada tahun ini yang berbaki lagi 3 mesyuarat.

Walau bagaimanapun, selepas pengubal dasar yang lebih besar membuat keputusan untuk bulan September, mereka akan kembali kepada langkah yang lebih kecil termasuk pada separuh tahun 2023.

Dalam menghadapi inflasi kawasan Eropah yang berlaku sebelum ini, iaitu melebihi daripada 4 kali sasaran 2%, pihak ECB tunduk pada tekanan untuk menaikkan kadar depositnya pada -0.5%.

Sebaik sahaja kenaikan bermula, para pelabur mula melihat laluan yang lebih agresif daripada ahli ekonomi yang bertaruh pada 171 mata asas terhadap 'tightening' menjelang akhir tahun.

Sumber : Bloomberg