Get Mystery Box with random crypto!

SEMAKAN SLIP MUET/D (SLIP PEPERIKSAAN) Kepada semua calon per | Oh My Muet 🙊 Channel

SEMAKAN SLIP MUET/D (SLIP PEPERIKSAAN)

Kepada semua calon persendirian individu yang telah berjaya mendaftar Ujian MUET Sesi 2 Tahun 2024, Slip MUET/D boleh disemak dan dicetak mulai 24 Jun 2024*, selepas pukul 10:00 pagi di portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Untuk makluman, Slip MUET/D ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh tuan/puan dan tarikh serta waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing). Slip ini perlu dicetak dan dibawa bersama semasa hadir menduduki ujian.

Terima kasih.

* tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia