Get Mystery Box with random crypto!

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Logo of telegram channel tarbiyahiman — 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼 U
Logo of telegram channel tarbiyahiman — 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼
Channel address: @tarbiyahiman
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.48K
Description from channel

Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
#salamUkhuwahFillahAbadanAbada

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 11

2022-05-28 17:53:54 Dlu sama2 mengumpat skg sama2 berborak pasal akhirat. Sweet tak? Maafkan sy jika mengumpat tanpa sedar dulu . #Sahabat dunia dan akhirat

-fl22

#tarbiahiman
54 views14:53
Open / Comment
2022-05-28 12:44:56
Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.” - [Riwayat Muslim]

Nak tak CGM bantu anda untuk istiqamah dalam beramal?

Tak perlu buat buat pemindahan ke akaun bank setiap bulan.
Tak risau lagi terlupa untuk menyumbang.
Boleh menyumbang mengikut kemampuan.

Layari istiqamah4gaza.com untuk ketahui info lebih lanjut.

Psstt.. Best kan bila dapat istiqamah buat baik?!

#Istiqamah4Gaza
75 views09:44
Open / Comment
2022-05-28 02:45:41
Remaja Palestin berusia 15 tahun, Zayd Ghneim ditembak mati oleh tentera penjajah Israel di bandar Al-Khader, selatan Bethlehem malam tadi.

Sumber: Palestine Online
t.me/hadispalestin
79 views23:45
Open / Comment
2022-05-28 02:45:03
30 views23:45
Open / Comment
2022-05-27 19:00:43 <<<<<<<《 Surah Al Mulk 》>>>>>>>

Satu surah di dalam al-Quran sekiranya ia diamalkan, maka orang yang membacanya, apatah lagi dapat menghafaznya akan terlepas daripada azab kubur.

Ia adalah Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat. Surah itu juga disebut sebagai At Tabaarak yang bermakna Maha Suci.

Sebab itu, Nabi SAW menyarankan umatnya supaya tidak meninggalkan bacaan al-Quran pada setiap hari.

Hati orang yang membaca al-Quran akan sentiasa tenang, dijauhi daripada bisikan syaitan serta dirinya turut dihormati.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad,at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)


Antara azab kubur itu, didatangkan kepada manusia dua malaikat yang sangat bengis iaitu Munkar dan Nakir.

Sekiranya manusia melihat wajah malaikat azab itu mereka akan pengsan. Di tangannya ada besi penukul dan apabila dihayun tukul itu, nescaya akan hancur semua gunung yang ada di atas muka bumi ini.

Bagaimanapun, bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.

Di dalam kubur, orang yang meninggal dunia akan didatangi malaikat azab bermula di kakinya untuk memberi hukuman.

Saidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan daripada Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sekiranya seseorang itu selamat daripada seksaan di alam barzakh, dia juga selamat untuk menghadapi permulaan akhirat yang lebih besar dan dahsyat.

Jika seseorang itu sudah menerima seksaan di alam barzakh, maka sudah pasti dia juga tidak akan selamat menghadapi kecelakaan lebih besar menunggunya selepas itu.

Maka, Nabi SAW mengajarkan kita beberapa cara untuk selamat dan selesa ketika berada di alam barzakh, antaranya membaca Surah Al-Mulk pada setiap malam.

Sebelum tidur, pastikan kita ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Mulk. Dengan harapan apabila biasa melazimi bacaan Surah Al-Mulk dan ditakdirkan kita meninggal dunia, Allah SWT akan mengampuni segala dosa serta mengharumkan perkuburan kita menjadi sebahagian taman daripada taman syurga.

Sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah. (Ahmad, Tirmizi dan Darimi)

Setiap orang beriman tidak boleh memandang ringan perihal di alam barzakh yang bakal mereka lalui satu masa nanti.

Persediaan itu wajib dilakukan. Jaga setiap tingkah laku serta pertuturan seharian kita supaya terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.

Abu Darda berkata, “Tiga perkara yang membuat aku ketawa dan menyebabkan aku menangis. Tiga perkara itu ialah orang yang mengejar dunia padahal kematian sedang mengejarnya, individu yang ketawa terbahak-bahak, tetapi dia tidak tahu adakah Tuhannya reda kepada-nya atau memurkainya dan individu yang lalai padahal Allah tidak pernah lalai kepadanya.”

RASULULLAH SAW JUGA MENGAJAR UNTUK MENGAMALKAN satu DOA BAGI MEMOHON PERLINDUNGAN DAN AZAB KUBUR IAITU

“Allahumma inni a’uzu bika minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal harami wal bukhli, wa’auzu bika min ‘azabil qabri wa ‘auzu bika minfitnatil mahya walmamati”

BERMAKSUD :-

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, malas, penakut, pelupa, bakhil dan aku berlindung dengan-Mu daripada seksa kubur dan fitnah hidup dan mati.”
(Hadis Riwayat Muslim)



" FADHILAT SURAH AL MULK "



___SEMOGA BERMANFAAT________
#mansor

#share
67 views16:00
Open / Comment
2022-05-27 17:52:40 Min nak ceritakan sikit lagu ini tentang apa. Mana tahu relate dengan apa yang korang alami

Ada tak kawan korang atau orang sekeliling diuji dengan anxiety, depression dan mental ilness yang lain? Penyakit ini tak boleh nampak dengan mata kasar sebab ianya sakit di dalam dan hanya yang merasainya saja yang akan tahu betapa perit dan ambil masa untuk sembuhkan penyakit ini
 
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا
كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadith riwayat al-Bukhari)
 
Terimalah cover lagu DEAR DIARY VERSI DAKWAH dari @aniqmuhai. Boleh dengarkan full di you tube Tarbiah Sentap



59 views14:52
Open / Comment
2022-05-27 17:52:14 Perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa kita, Alhamdulillah menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri kita.

Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa.

Credit : @tarbiahsentap

#tarbiahiman
59 views14:52
Open / Comment
2022-05-27 17:46:31
55 views14:46
Open / Comment
2022-05-27 17:43:01
Cover dear diary by Aniq Muhai.
63 viewsedited  14:43
Open / Comment