Get Mystery Box with random crypto!

🌼 Ukhuwah Fillah 🌼

Logo of telegram channel tarbiyahiman — 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼 U
Logo of telegram channel tarbiyahiman — 🌼 Ukhuwah Fillah 🌼
Channel address: @tarbiyahiman
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 2.48K
Description from channel

Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
#salamUkhuwahFillahAbadanAbada

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages 78

2021-10-08 19:28:35
19 views16:28
Open / Comment
2021-10-08 19:24:01
Pertempuran antara pemuda Palestin dan tentera penjajah Zionis di daerah Bab al-Zawiyah di Hebron.

Sumber: Quds News Network
t.me/hadispalestin
22 views16:24
Open / Comment
2021-10-08 19:21:24 Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah

Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.

Rasulullah SAW, beliau bersabda :

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(HR. Tirmidzi)

2. Dapat berteduh di hari kiamat

Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.

Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda :

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(HR. Bukhari )

3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak

Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari.

Rasulullah SAW bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”
(HR. Muslim)

4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur

Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]

5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka

Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka.

Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka.

Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini.

Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.

#share
#dakwah
#tarbiah
#cnp
46 views16:21
Open / Comment
2021-10-08 18:54:42 Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba sebelum Umar Al-Khattab memeluk agama Islam. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi semangatnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah ﷺ memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab (Sebelum Umar Al-Khattab memeluk agama Islam). Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati dan diam-diam.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad ﷺ.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah ﷺ dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad ﷺ Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah ﷺ berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar Al-Khattab akhirnya memeluk Islam.

#cnp
#share
#dakwah
#tarbiah
33 views15:54
Open / Comment
2021-10-08 18:54:16
Kisah Srikandi Islam Paling Agung
31 viewsedited  15:54
Open / Comment
2021-10-08 16:34:02
67 views13:34
Open / Comment
2021-10-08 16:10:37
Aamiin
86 viewsedited  13:10
Open / Comment
2021-10-08 16:08:30 Jangan pernah rasa usaha yang dilakukan itu sia sia.

Walaupun sia-sia di mata kita.
Tapi penuh makna di mata Tuhan.

Tuhan sangat detail dalam memandang setiap usaha hambaNya.

Walaupun sekecil kecil perkara.
Usaha itu yang dipandang Allah selagi usaha itu berbalik segalanya kepada Allah.

#cnp
#share
#tarbiah
#dakwah
75 views13:08
Open / Comment
2021-10-08 16:07:10 #sedekahJumaat | *YAMAN DITIMPA KEBULURAN DAHSYAT: NYAWA UMPAMA DI HUJUNG TANDUK*

Krisis di Yaman merupakan krisis kemanusiaan terbesar di dunia.

*24 juta rakyat Yaman* berhadapan *kebuluran paling teruk* dalam sejarah *100 tahun*. (United Nation, Jun 2020)

Perang di Yaman menyebabkan jutaan rakyatnya kehilangan tempat tinggal, puluhan ribu terbunuh, masalah penyakit berjangkit & ratusan ribu diserang kolera akibat sistem kemudahan mereka lumpuh selumpuhnya.

Dua juta kanak-kanak alami malnutrisi kronik

Mereka juga terpaksa mandikan anak kecil yang kurang nutrisi dengan air yang tidak bersih.

Dianggarkan 300,000 rakyat Yaman kehilangan tempat tinggal, tanaman, ternakan dan barang-barang peribadi dalam tiga bulan terakhir kerana hujan lebat dan banjir kilat yang teruk.

Kawasan yang paling teruk dilanda ialah Ma'rib, Amran, Hajjah, Al-Hudaydah, Taiz, Lahj, Aden dan Abyan.

Mereka hanya mengharapkan bantuan luar untuk sampai kepada mereka

_Mari bersama kami, kita bantu mereka yang amat memerlukan bantuan ini_

Semoga dengan bantuan ini kita mampu meringankan penderitaan saudara kita yang saban tahun berhadapan dengan krisis kebuluran & krisis kemanusiaan ini.

Sabda Rasulullah SAW:
_“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat..."_
(HR Muslim)

Jemput tonton video berikut:




===========================

*BANTUAN KECEMASAN YAMAN:*

*KOTAK MAKANAN : RM200*
- Kotak Makanan mengandungi tepung gandum, gula, beras, minyak, kacang parang, pes tomato, kacang pis dan lain-lain.

*Tabung Yaman: RM50 atau seikhlas hati*.
- ubat-ubatan, pembelian pakaian dan peralatan sekolah, dan projek ladang kambing biri-biri untuk pembekalan susu, daging dan bulu.

===========================

*3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENYUMBANG*

*Salurkan sumbangan anda menerusi* akaun
Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: www.billplz.com/apsarawak

*Hantar resit transaksi* melalui *whatsapp* kepada *Pegawai Pemasaran Aman Palestin*:
+601121861749 (Nurul Ain)
+601121861749 (Nurul Ain)

*Sertakan maklumat* berikut:
Nama:
No. Tel:
Emel:
Sumbangan:
Kotak Makanan
Tabung Yaman


*Mohon jasa baik Tuan Puan sebarkan mesej ini* kepada keluarga dan kenalan.

Semoga berterusan mengalir pahala berpanjangan kepada kita semua


#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BantuanKecemasanYaman
#BangkitBerjuangBersama
75 views13:07
Open / Comment
2021-10-08 15:23:01
Jom bantu mereka
81 viewsedited  12:23
Open / Comment