Get Mystery Box with random crypto!

BAGAIMANA MAHU BERNIAGA DI TELEGRAM Sebut je perniagaan ni, b | YH MARKETING™

BAGAIMANA MAHU BERNIAGA DI TELEGRAM

Sebut je perniagaan ni, bukan berniaga je terus dah kaya raya, tetapi memerlukan masa yang panjang untuk buildup perniagaan tu.

Ada yang berjaya, dan ada yang gagal. Banyak medium perniagaan yang telah dicuba tetapi tidak ada suatu pun yang serasi/sesuai.

Di sini admin ingin berkongsi pengalaman admin sendiri yang telah berniaga hampir 3 tahun dengan hanya menggunakan platform telegram sahaja.

Pelikkan? Ya tetapi itulah kenyataannya. Telegram berbeza berbanding platform media sosial yang lain.

Sebab ape? Sebab telegram ada satu tools yang kita boleh guna untuk promote perniagaan kita tanpa diganggu oleh "iklan luar".

Apa namanya? Itulah "channel".

Channel berbeza dengan group. Contoh yang macam sekarang ni, inilah channel YH Marketing. Anda hanya boleh baca sahaja, tidak boleh comment atau tidak boleh message ape dalam channel ni.

Tetapi jika admin letak ruang komen maka barulah anda boleh comment dan message.

Inilah kelebihan channel berbanding media sosial yang lain. Ditambah lagi dengan satu kelebihan lain yang tidak ada dalam media sosial lain iaitu dinamakan sebagai "schedule message"

Apa itu "schedule message"? Dalam bahasa melayu disebut sebagai message berjadual.

Kadang anda tidak ada masa untuk message atau untuk urus channel anda, tapi ada ketikanya idea anda mencurah-curah tidak henti2. Ada je nak message dalam channel kadang berderet-deret message yang masuk dalam channel anda hasil idea anda itu.

Tetapi itu semua boleh dikawal dengan adanya message berjadual ini. Anda boleh "hadkan" jumlah message anda supaya "dihantar" pada masa lain.

Tujuannya? Simple. Untuk menjadikan channel anda kekal aktif dan orang yang join channel anda sudah pastinya mahu melihat channel yang aktif.

Tetapi itu semua tidak cukup tanpa promosi atau iklan luar.

Jika channel anda aktif posting, tapi anda sendiri tidak promote channel anda kepada channel lain, bagaimana orang mahu kenal channel anda itu wujud?

Itulah pentingnya openswap, autoswap dan paid review dalam telegram ni.

Openswap ni bermaksud anda cari mana2 channel, hubungi creator/admin channel dia. Kata pd dia anda mahu promote channel anda dalam channel dia. Jika dia bersetuju, anda kenalah promote semula channel dia dalam channel anda. Inilah dinamakan sebagai "openswap"

Yang lecehnya adalah anda kena cari banyak channel untuk openswap then barulah subscribers anda meningkat, solution yang lain adalah "autoswap"

Autoswap ni pulak ada syaratnya, seperti @yhmarketing, syarat untuk join autoswap ni adalah subscribers wajib 500, dan jika channel business wajib ada SSM.

Jika cukup syarat maka barulah anda tidak perlu susah payah untuk cari channel, biar admin je uruskan dan ini dilakukan dengan PERCUMA sahaja. Yang penting perlu benarkan admin iklankan business admin dalam channel anda.

Kot-kot anda kata, lecehlah ada iklan berderet2 masuk dalam channel. Mengganggu channel anda. Anda boleh mencuba "Paid review" kami.

"Paid Review" pula adalah iklan yang tidak masuk dalam channel anda tetapi subscribers akan sentiasa meningkat atau channel anda akan sentiasa aktif ada orang keluar masuk dalam channel anda.

Apa yang admin lihat, jika subscribers kurang meningkat, tetapi orang aktif keluar masuk dalam channel anda, ini menunjukkan bahawa channel anda sudah mula "orang kenal" dalam market business online ni.

Inilah yang memerlukan masa dan kesabaran. Cuba tiga bulan atleast untuk anda lihat berhasil atau tidak paid review itu then barulah boleh decide nak teruskan atau tak. Bukan cuba sebulan, takde sales terus stop gitu. Tetapi perlukan masa untuk buildup channel anda.


Untuk info penuh paid review, anda boleh click link berikut : infopaid.yhmarketing.my

Atau boleh hubungi kami @yhpaid_bot untuk pertanyaan lanjut.

Semoga berjumpa lagi, jazakallahu khayran

@yhmarketing