Get Mystery Box with random crypto!

ISU PdPR DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT BERKESAN MELALUI TELEGRAM M | YH MARKETING™

ISU PdPR DAN PENYAMPAIAN MAKLUMAT BERKESAN MELALUI TELEGRAM

Musim PdPR kembali lagi, Semenjak PKP ini berlaku, sistem pembelajaran anak-anak kita telah bertukar daripada bersemuka kepada pembelajaran atas talian.

Pada awalnya nampak seakan mudah namun tidak semudah yang disangka.

Guru-guru mencuba pelbagai inisiatif pembelajaran supaya anak muridnya dapat mengikuti perkembangan pembelajaran dari masa ke semasa.

Pada mulanya guru menggunakan aplikasi WhatsApp dengan memasukkan ibu bapa ke dalam whatsapp tersebut namun apa isu yang dihadapinya adalah setelah lama menggunakan pendekatan di whatsapp, tiba-tiba jika guru tersebut mahu memasukkan ibu bapa yang baru ke dalam group, segala sejarah message terdahulu tidak dapat dilihat oleh ibu bapa tersebut.

Guru pula terpaksa scroll atau membuat carian message tersebut dan majukan semula message tersebut ke dalam group.

Inilah kesulitan yang guru-guru hadapi. Adakalanya penyampaian maklumat menjadi tidak berkesan dengan aplikasi WhatsApp.

Seterusnya guru mencuba inisiatif yang lain iaitu dengan menggunakan aplikasi telegram pula.

Guru menggunakan fungsi group untuk menghimpunkan ibu bapa dalam group tersebut dan kemudian segala maklumat disampaikan dalam group tersebut.

Berbeza dengan whatsapp, group di telegram boleh memaparkan sejarah message terdahulu dan ibu bapa yang baru masuk group tersebut boleh melihat message terdahulu.

Cumanya guru perlu menjadikan group tersebut sebagai
SUPERGROUP barulah sejarah message terdahulu boleh dibaca.

Namun lama-kelamaan guru tersebut mendapati satu isu lain apabila menggunakan group di telegram iaitu message yang disampaikan cuma satu sahaja tetapi maklumbalas yang diterima terlalu banyak.

Timbul kesulitan di group telegram apabila guru terpaksa membuat carian atau scroll semula message tersebut sama seperti aplikasi WhatsApp dan penyampaian maklumat menjadi sulit.

Dan ditambah lagi ibu bapa dan guru berhadapan dengan situasi terpaksa menggunakan dua aplikasi dalam satu masa iaitu whatsapp dan telegram.

Antara langkah penyelesaian yang boleh membantu guru dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan adalah seperti berikut:

1. Guru harus menyahaktifkan group whatsapp dan hanya menggunakan telegram.

2. Guru perlu mencipta channel di telegram yang bertujuan segala isi pembelajaran akan dimasukkan di dalam channel tersebut.

3. Guru perlu juga mencipta group telegram dan link group telegram tersebut dengan channel yang telah diciptanya.

Jadi disini, guru telah mencipta dua fungsi iaitu
CHANNEL sebagai isi pembelajaran dan GROUP pula sebagai maklumbalas kepada isi pembelajaran dalam channel.

Guru hanya perlu kongsikan link channel kepada ibu bapa dan link group tidak perlu dikongsi.

Apabila sesuatu isi pembelajaran yang dimuatnaik ke dalam channel maka isi pembelajaran itu akan automatik dihantar ke dalam group tersebut.

Fungsi ini berlaku setelah group itu disambung dengan channel.

Maka isi pembelajaran dapat dipantau dan segala komen dapat dijawab berdasarkan isi pembelajaran tersebut.

Inilah satu kaedah yang terbaik dalam penyampaian maklumat guru kepada ibu bapa.

Adakah anda menghadapi isu yang seperti saya kongsikan ini?

Sila balas komen dibawah dan message ini akan disebarkan kepada pengetahuan semua agar penyampaian maklumat dalam proses PdPR ini ditambahbaik lagi pada masa hadapan oleh para guru. In shaa Allah, aamiin


Jazakallahu khayran.