2021-04-13 10:15:22
MANUSIA PERTAMA KE ANGKASA
12 April 2021 merupakan ulang tahun ke 60 tahun kejayaan manusia pertama di era moden ini ke angkasa .
Manusia pertama yang berjaya ke angkasa tersebut ialah Yuri Alekseyevich Gagarin atau Yuri Gagarin dari Kesatuan Soviet ( kini Rusia ) .
Beliau telah melengkapkan satu kali misi penerbangan mengorbit Bumi dengan menaiki kapal angkasa Vostok 3KA melalui misi ' Vostok 1 ' di bawah program Vostok .
Yuri Gagarin yang berada di dalam Vostok 3KA berlepas ke angkasa dengan menaiki roket Vostok-K
pada 12 April 1961 , jam 06:07 UTC dari Kosmodrom Baikonur lalu mengorbit Bumi pada altitud sehingga 327 Kilometer dengan kelajuan 27400 kilometer / jam sebelum kembali mendarat di permukaan Bumi , berhampiran barat daya Engels, di dalam wilayah Saratov pada hari yang sama , jam 07:55 UTC .
Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 48 minit iaitu dari masa ia berlepas sehingga kembali mendarat di permukaan Bumi .
* Terdapat juga laporan yang menyatakan Keseluruhan tempoh masa yang diambil misi Vostok 1 adalah selama 1 jam 46 minit sahaja .
Selain menempa nama sebagai manusia pertama ke angkasa di era moden ini , Yuri Gagarin juga turut menempa nama sebagai manusia pertama yang berjaya mengorbit Bumi dan menjadikan kejayaan Kesatuan Soviet tersebut sebagai perintis misi menghantar manusia ke angkasa selepas itu .
Rujukan :-
- 'History of manned spaceflight'. Fédération Aéronautique Internationale.
( https://www.fai.org/page/icare-history-pioneers )
- 'Vostok lands successfully'.
( http://www.russianspaceweb.com/vostok1_landing.html )
- 'Yuri Gagarin and Vostok 1, the First Human Spaceflight'.
( https://www.planetary.org/space-missions/vostok-1 )
Kredit imej :- The Huntsville Times
2.0K views07:15