2021-04-05 16:05:36
Di dalam sistem suria , hanya Bumi , Marikh , Musytari , Zuhal , Uranus dan Neptun sahaja planet yang mempunyai Bulan atau satelit semula jadi .
Di antara keenam - enam planet tersebut , Zuhal merupakan planet yang mempunyai Bulan terbanyak di dalam sistem suria iaitu sebanyak 82 buah Bulan dan diikuti Musytari yang mempunyai 79 buah Bulan .
Bulan terbesar Zuhal bernama Titan merupakan Bulan kedua terbesar di dalam sistem suria selepas Bulan terbesar Musytari iaitu Genymede .
Uranus pula mempunyai 27 buah Bulan . Bulan terbesar yang mengorbit Uranus bernama Titania . Ia merupakan Bulan kelapan terbesar di dalam sistem suria .
Seterusnya adalah Neptun yang mempunyai 14 buah Bulan . Bulan terbesar Neptun yang bernama Triton berada di kedudukan ketujuh di dalam senarai Bulan terbesar sistem suria .
Marikh mempunyai dua buah Bulan sahaja yang mengorbitnya iaitu Phobos dan Deimos manakala Bumi hanya memiliki satu Bulan .
Bulan Bumi merupakan Bulan kelima terbesar di dalam sistem suria kita .
1.6K views13:05