🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Kegilaan Genetec. Kalau saya cakap, Genetec mempunyai permoda | Komuniti Pelabur Malaysia

Kegilaan Genetec.

Kalau saya cakap, Genetec mempunyai permodalan pasaran RM 1.8 billion mungkin orang luar tak kisah. Tapi, kalau saya tulis wang keseluruhan yang dilaburkan oleh pelabur untuk memiliki saham Genetec adalah RM 1.8 billion, baru ada orang berfikir sejenak.

RM 1.8 billion?
Tapi, adakah Genetec sendiri memiliki modal RM 1.8 billion ini? Tidak. Kerana "market cap" ini sekadar satu rujukan kepada nilai unit saham yang diterbitkan samada diapungkan di pasaran awam (boleh dijual beli dengan bebas) dan juga terbitan terhad.

Bahkan, ketika diterbitkan pada tahun 2005, Genetec hanya mendapat RM 13.2 juta modal "proceeds" daripada terbitan saham di Bursa Malaysia. Baru-baru ini pada bulan Jun, Genetec ada memperoleh wang saku tambahan dengan terbitan kedua dengan anggaran nilai RM 7.7 juta (RM 3.42 seunit). Tapi, kedua-dua nilai ini adalah jauhhhh lebih rendah daripada permodalan pasaran (wang yang dilaburkan dan dimiliki) oleh pemegang saham Genetec.

RM 1.8 billion nilai keseluruhan terbitan unit saham Genetec ini juga sangat-sangat besar jika dibandingkan dengan jualan tahunannya (revenue) pada sekitar RM 97 juta.

Biar saya "rephrase"
People invested RM 1.8 billion to own 51 million Genetec shares that made RM 97 million sales on 2021. Does that sounds scary? 28.7% daripada terbitan saham ini adalah dagangan awam bernilai RM 517 juta.

Kalau ambil RM 517 juta pun. Still. It's scary.

Inilah yang John C. Bogle, pengasas pengurus dana Vanguard cakapkan. "The amount of speculation inside capital market is tremendous. But, can be profitable for both speculator and investor."

Belajar melabur bersama saya bulan Oktober ini. Kelas akan diadakan pada 15, 16, 17 dan 18 Oktober.

https://ezy.la/belajarmelabur
Terbuka hanya untuk 10 orang sahaja.