🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Komuniti Pelabur Malaysia

Logo of telegram channel komunitipelabursaham — Komuniti Pelabur Malaysia K
Logo of telegram channel komunitipelabursaham — Komuniti Pelabur Malaysia
Channel address: @komunitipelabursaham
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 1.42K
Description from channel

Sebuah channel untuk mereka yang ingin belajar berkenaan saham menerusi ulasan berita terkini.
Untuk persoalan boleh tanya pentadbir di @ahzaadhwa

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

2

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages

2021-11-05 15:50:50
Prestasi saham sentiasa ada hubungan dengan prestasi pertumbuhan pendapatan. Dalam tempoh masa lebih 10 tahun, tiada seorang pun yang dapat nafikan hubungan kuat antara pertumbuhan pendapatan (earnings growth) dan prestasi saham (stock performance).

Contoh prestasi saham di Amerika Syarikat adalah seperti yang dilampirkan. Didahului oleh Apple dengan pertumbuhan pendapatan 31% setahun.

Patut ditonjolkan dalam data di bawah juga iaitu pertumbuhan pendapatan Exxon yang hanya memperlihatkan pertumbuhan 1% setahun sementara prestasi sahamnya merosot -3% setahun.
154 views12:50
Open / Comment
2021-11-05 12:58:11 Menarik apabila carian berkaitan emas di Google lebih banyak berbanding hartanah, saham dan wang kripto. Sebenarnya untuk spekulasi (orang kita panggil trading), guna kontrak hadapan (cash-settled) lebih baik, cepat dan murah.
Dekat XM Global, kita tak guna future contract tapi guna contract for difference (imitation contract).

Yelah, kalau tujuan utama nak trade, nak cuba dapatkan keuntungan dengan pergerakan harga jangka pendek. I personally find no better and cheaper cost.
Kontrak hadapan ada dua jenis. Satu cash-settled dan alternatif kedua, physical delivery.

Kedua-dua mod kontrak ini bersifat "standardized" maksudnya ada ciri-ciri standard jenis emas yang didagangkan. Mode physical delivery ini biasanya digunakan oleh pedagang (trader).

Trader tu bermaksud peniaga -- betul-betul punya peniaga.
CME Commodity (Precious Metals delivery contract) menetapkan bahawa kontrak dagangan mestilah mempunyai ketulenan minimum 99.5% atau orang Melayu panggil emas 995. Emas dalam kontrak ini kemudiannya dihantar kepada CME sebelum dihantar kepada pemegang kontrak pada tempoh matang.

Bagi kontrak cash-settled pula, spekulator hanya dapat wang kembali pada tempoh matang.
Ramai spekulator runcit pilih cash-settled future contract sebab nak elak daripada menerima emas pada tempoh matang. Bila dah jadi emas, susah nak liquidate balik, termasuklah kos-kos yang mungkin wujud yang menjarakkan lagi kos untuk breakeven. Ada juga yang pilih trade guna CFD -- kontrak imitasi.

Sebuah kontrak yang dicipta sekadar untuk meniru harga kontrak lain.

We just want to pocket the difference between what we bought and what we sell or the difference between what we borrow and what we purchase.
Siapa nak trade gold bersama XM Global boleh PM saya

t.me/ahzaadhwa

Percuma wang deposit ✓
Berpeluang menangi iPhone 13 Pro Max 256 GB ✓
Sesi Teh Tarik bersama saya ✓
Mentoring dan coaching session ✓
198 views09:58
Open / Comment
2021-10-30 07:37:20 Touch N Go E-Wallet adalah produk lain daripada kad Touch N Go. Penjenamaan sama, tapi sebenarnya lain. 180 darjah punya lain. Kad Touch N Go sepatutnya dilayan sebagai produk tunggal yang berdiri tanpa syarat perlu dikepilkan dengan fungsi e-wallet Touch N Go.

Dalam product disclosure, kad Touch N Go adalah satu produk yang dikeluarkan oleh Touch N Go Sdn Bhd untuk kemudahan semua tol di Malaysia, tempat parking terpilih, kemudahan awam terpilih, kedai serbaneka terpilih dan taman tema terpilih. Kad ini menggunakan "contactless smart card technology" seakan kad kredit (kad prabayar). Kad Touch N Go ini perlu dianggap sebagai "kad untuk lebuh raya" dengan fungsi tambahan.

Cuba kita lihat Touch N Go E-Wallet.

Touch N Go E-Wallet adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat Touch N Go lain, bernama Touch N Go Digital Sdn Bhd. E-wallet ini bersifat dompet elektronik yang memegang wang.

Touch N Go Digital Sdn Bhd, baru mengumumkan untuk mengeluarkan kad prabayar khas untuk Touch N Go E-Wallet dengan kerjasama melalui Visa. Gabungan ini akan mengeluarkan kad yang boleh menyokong tambah nilai kad Touch N Go E-Wallet ini melalui E-Wallet yang disediakan.

Kena ingat yang syarikat Touch N Go Digital Sdn Bhd memegang lesen penerbit e-money oleh BNM sementara Touch N Go Sdn Bhd tidak memegang lesen tersebut, setakat semakan saya. Touch N Go Digital ada hubungan dengan Ant Financial Group. Sementara Touch N Go Sdn Bhd ada kerjasama dengan bank CIMB. Limitasi lesen ini menyebabkan yang kad Touch N Go untuk lebuhraya tidak patut dilayan sebagai kad prabayar yang dikepilkan bersama e-dompet.

Pendek kata, nama dan logo mungkin sama. Tetapi, struktur syarikat, objektif penubuhan dan undang-undang yang diguna pakai sedikit berlainan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2683739555261229&id=100008756312914
426 viewsedited  04:37
Open / Comment
2021-10-16 15:18:21 Channel name was changed to «Komuniti Pelabur Malaysia»
12:18
Open / Comment
2021-10-16 15:17:59
Trade minyak dan gas asli (Brent, Crude dan Natural Gas) di XM Global dan berpeluang menang iPhone 13 Pro Max. Berminat? Hubungi saya di @ahzaadhwa untuk masuk peraduan.
602 views12:17
Open / Comment
2021-10-14 17:37:52 Channel name was changed to «Komuniti Pelabur Saham»
14:37
Open / Comment
2021-10-03 10:59:55 Saya ingin beri amaran terhadap inflasi yang lebih tinggi daripada kebiasaannya beberapa tahun dari sekarang. KDNK Malaysia pada tahun 2020 berjumlah RM 1.4 trillion. Suntikan ekonomi secara tidak langsung daripada pengeluaran KWSP adalah RM 100 - RM 110 billion. Setakat ini.

Ini tidak termasuk kesan pekali dalam ekonomi (multiplier effect).

Apabila rakyat membelanjakan 80% daripada setiap 1 ringgit lebihan wang yang diterima hari ini, pekali tidak langsung sepatutnya 5x. Jika rakyat berbelanja 90% daripada setiap satu ringgit lebihan wang yang diterima, pekalinya dalam ekonomi adalah 10x.

Sebelum ni kita tak nampak, sebab ekonomi umumnya masih tutup dan tenat. Jadi, rakyat umumnya tidak wujud keyakinan untuk berbelanja lebihan wang. Sekarang, bila rakyat dah mula yakin bahawa ekonomi akan semakin baik, Covid-19 semakin baik, kita akan lihat aliran yang sangat besar dan cepat dalam ekonomi.

Daripada RM 110 billion pengeluaran, sepatutnya telah cukup untuk sokong ekonomi melalui pekali yang sepatutnya akan menyebabkan RM 550 billion kitaran baru. Ini bila saya anggapkan rakyat belanja 80% daripada 1 ringgit lebihan. Dan daripada pengeluaran KWSP sahaja. Tak termasuk suntikan kerajaan yang lain. Sebab ini kerajaan berhati-hati dalam memberikan bantuan.

Sebelum ini kerajaan tak cukup data untuk mengetahui berapa daripada lebihan wang yang diterima akan dibelanja rakyat. Terlampau banyak variasi. Mungkin daripada 30% hingga 80% bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap masa hadapan terutama situasi Covid-19, kadar vaksinasi, kestabilan pekerjaan dan sebagainya.

The first test is when the economy starts to recover.
The first test is inflation.

Nanti lepas PRU jangan marah kerajaan. Yes, kerajaan perlu perkenalkan cukai baru. Yes, kerajaan perlu kawal keyakinan rakyat daripada berbelanja dengan cepat.

Ketakutan inflasi dah mula nampak dekat Amerika Syarikat dan Eropah yang dah berbulan buka ekonomi. Kita tak nampak lagi. Inflasi sekarang masih sipi-sipi.

Musim sejuk belum berakhir.

Follow @ulasanekonomisaham
1.2K views07:59
Open / Comment
2021-09-27 09:15:37 ​​Jawapan kepada kuiz semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada carta di bawah:
1. Harga tertinggi sebelum 24 September 2021 adalah RM 1.55.
2. RM 1.55 berkongsi titik halangan dengan saluran harga dan kawasan fibonacci.
3. Harga tertinggi 24 September 2021 adalah RM 1.71, lebih tinggi daripada harga tertinggi sebelumnya.
4. Saluran harga menaik.
5. Volume harian tahun 2021 lebih rendah daripada volume harian 2020.
6. Sokongan harga terendah RM 1.12 berkongsi kawasan dengan fibonacci.

Maklumat atau fakta boleh menjadi palsu atau betul. Tetapi, kesimpulan yang dibuat daripada maklumat ini dikira sebagai pendapat yang tidak boleh dibuktikan betul atau salah kedudukannya, sekurang-kurangnya setakat hari kesimpulan itu dibuat.

Contoh-contoh kesimpulan yang dibuat daripada melihat carta diambil daripada komen-komen sebelumnya:

1. Harga mesti terus naik selepas ATH
2. "Friday rule"
3. Permulaan kepada kenaikkan lebih tinggi.
4. Next TP adalah mengikut harga² di garisan pemanjangan Fibo (fibo extension)
5. TP 2.37
6. "Based on Fibonacci extension on the chart, the stock could potentially reach price target at RM3.145."

Satu fakta adalah satu maklumat yang telah terjadi dan apabila maklumat itu betul, maka kedudukannya adalah betul setiap masa. Satu kesimpulan adalah satu pendapat, andaian, keinginan, kemahuan, keseronokkan, emosi. Apabila satu kesimpulan dibuat, ia boleh menjadi betul atau salah apabila tiba masanya. Tetapi, tidak boleh dibuktikan samada kesimpulan itu betul atau salah ketika ia dibuat.

Mempelajari analisa teknikal sekurang-kurangnya menjamin anda mampu menyerakinkan maklumat dengan betul daripada harga lampau, tetapi tiada satu pun analisa teknikal yang menjamin kesimpulan yang dibuat itu adalah betul setiap masa.

Komen dibawah pendapat dan kesimpulan anda daripada maklumat yang saya beri ini.
1.0K views06:15
Open / Comment
2021-09-27 09:13:20 Untuk buat pembayaran dan tempahan kelas pelaburan boleh ke https://belajarsahamadhwa.onpay.my/order/form/kelas_pelaburan

Kelas akan diadakan pada 15, 16, 17, 18 Oktober 2021. Harga bermula RM 350.
723 views06:13
Open / Comment
2021-09-15 13:29:53 Kegilaan Genetec.

Kalau saya cakap, Genetec mempunyai permodalan pasaran RM 1.8 billion mungkin orang luar tak kisah. Tapi, kalau saya tulis wang keseluruhan yang dilaburkan oleh pelabur untuk memiliki saham Genetec adalah RM 1.8 billion, baru ada orang berfikir sejenak.

RM 1.8 billion?
Tapi, adakah Genetec sendiri memiliki modal RM 1.8 billion ini? Tidak. Kerana "market cap" ini sekadar satu rujukan kepada nilai unit saham yang diterbitkan samada diapungkan di pasaran awam (boleh dijual beli dengan bebas) dan juga terbitan terhad.

Bahkan, ketika diterbitkan pada tahun 2005, Genetec hanya mendapat RM 13.2 juta modal "proceeds" daripada terbitan saham di Bursa Malaysia. Baru-baru ini pada bulan Jun, Genetec ada memperoleh wang saku tambahan dengan terbitan kedua dengan anggaran nilai RM 7.7 juta (RM 3.42 seunit). Tapi, kedua-dua nilai ini adalah jauhhhh lebih rendah daripada permodalan pasaran (wang yang dilaburkan dan dimiliki) oleh pemegang saham Genetec.

RM 1.8 billion nilai keseluruhan terbitan unit saham Genetec ini juga sangat-sangat besar jika dibandingkan dengan jualan tahunannya (revenue) pada sekitar RM 97 juta.

Biar saya "rephrase"
People invested RM 1.8 billion to own 51 million Genetec shares that made RM 97 million sales on 2021. Does that sounds scary? 28.7% daripada terbitan saham ini adalah dagangan awam bernilai RM 517 juta.

Kalau ambil RM 517 juta pun. Still. It's scary.

Inilah yang John C. Bogle, pengasas pengurus dana Vanguard cakapkan. "The amount of speculation inside capital market is tremendous. But, can be profitable for both speculator and investor."

Belajar melabur bersama saya bulan Oktober ini. Kelas akan diadakan pada 15, 16, 17 dan 18 Oktober.

https://ezy.la/belajarmelabur
Terbuka hanya untuk 10 orang sahaja.
1.1K views10:29
Open / Comment