🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

​​Jawapan kepada kuiz semalam. Maklumat yang diperoleh darip | Komuniti Pelabur Malaysia

​​Jawapan kepada kuiz semalam.

Maklumat yang diperoleh daripada carta di bawah:
1. Harga tertinggi sebelum 24 September 2021 adalah RM 1.55.
2. RM 1.55 berkongsi titik halangan dengan saluran harga dan kawasan fibonacci.
3. Harga tertinggi 24 September 2021 adalah RM 1.71, lebih tinggi daripada harga tertinggi sebelumnya.
4. Saluran harga menaik.
5. Volume harian tahun 2021 lebih rendah daripada volume harian 2020.
6. Sokongan harga terendah RM 1.12 berkongsi kawasan dengan fibonacci.

Maklumat atau fakta boleh menjadi palsu atau betul. Tetapi, kesimpulan yang dibuat daripada maklumat ini dikira sebagai pendapat yang tidak boleh dibuktikan betul atau salah kedudukannya, sekurang-kurangnya setakat hari kesimpulan itu dibuat.

Contoh-contoh kesimpulan yang dibuat daripada melihat carta diambil daripada komen-komen sebelumnya:

1. Harga mesti terus naik selepas ATH
2. "Friday rule"
3. Permulaan kepada kenaikkan lebih tinggi.
4. Next TP adalah mengikut harga² di garisan pemanjangan Fibo (fibo extension)
5. TP 2.37
6. "Based on Fibonacci extension on the chart, the stock could potentially reach price target at RM3.145."

Satu fakta adalah satu maklumat yang telah terjadi dan apabila maklumat itu betul, maka kedudukannya adalah betul setiap masa. Satu kesimpulan adalah satu pendapat, andaian, keinginan, kemahuan, keseronokkan, emosi. Apabila satu kesimpulan dibuat, ia boleh menjadi betul atau salah apabila tiba masanya. Tetapi, tidak boleh dibuktikan samada kesimpulan itu betul atau salah ketika ia dibuat.

Mempelajari analisa teknikal sekurang-kurangnya menjamin anda mampu menyerakinkan maklumat dengan betul daripada harga lampau, tetapi tiada satu pun analisa teknikal yang menjamin kesimpulan yang dibuat itu adalah betul setiap masa.

Komen dibawah pendapat dan kesimpulan anda daripada maklumat yang saya beri ini.