🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Saya ingin beri amaran terhadap inflasi yang lebih tinggi dari | Komuniti Pelabur Malaysia

Saya ingin beri amaran terhadap inflasi yang lebih tinggi daripada kebiasaannya beberapa tahun dari sekarang. KDNK Malaysia pada tahun 2020 berjumlah RM 1.4 trillion. Suntikan ekonomi secara tidak langsung daripada pengeluaran KWSP adalah RM 100 - RM 110 billion. Setakat ini.

Ini tidak termasuk kesan pekali dalam ekonomi (multiplier effect).

Apabila rakyat membelanjakan 80% daripada setiap 1 ringgit lebihan wang yang diterima hari ini, pekali tidak langsung sepatutnya 5x. Jika rakyat berbelanja 90% daripada setiap satu ringgit lebihan wang yang diterima, pekalinya dalam ekonomi adalah 10x.

Sebelum ni kita tak nampak, sebab ekonomi umumnya masih tutup dan tenat. Jadi, rakyat umumnya tidak wujud keyakinan untuk berbelanja lebihan wang. Sekarang, bila rakyat dah mula yakin bahawa ekonomi akan semakin baik, Covid-19 semakin baik, kita akan lihat aliran yang sangat besar dan cepat dalam ekonomi.

Daripada RM 110 billion pengeluaran, sepatutnya telah cukup untuk sokong ekonomi melalui pekali yang sepatutnya akan menyebabkan RM 550 billion kitaran baru. Ini bila saya anggapkan rakyat belanja 80% daripada 1 ringgit lebihan. Dan daripada pengeluaran KWSP sahaja. Tak termasuk suntikan kerajaan yang lain. Sebab ini kerajaan berhati-hati dalam memberikan bantuan.

Sebelum ini kerajaan tak cukup data untuk mengetahui berapa daripada lebihan wang yang diterima akan dibelanja rakyat. Terlampau banyak variasi. Mungkin daripada 30% hingga 80% bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap masa hadapan terutama situasi Covid-19, kadar vaksinasi, kestabilan pekerjaan dan sebagainya.

The first test is when the economy starts to recover.
The first test is inflation.

Nanti lepas PRU jangan marah kerajaan. Yes, kerajaan perlu perkenalkan cukai baru. Yes, kerajaan perlu kawal keyakinan rakyat daripada berbelanja dengan cepat.

Ketakutan inflasi dah mula nampak dekat Amerika Syarikat dan Eropah yang dah berbulan buka ekonomi. Kita tak nampak lagi. Inflasi sekarang masih sipi-sipi.

Musim sejuk belum berakhir.

Follow @ulasanekonomisaham