🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Touch N Go E-Wallet adalah produk lain daripada kad Touch N Go | Komuniti Pelabur Malaysia

Touch N Go E-Wallet adalah produk lain daripada kad Touch N Go. Penjenamaan sama, tapi sebenarnya lain. 180 darjah punya lain. Kad Touch N Go sepatutnya dilayan sebagai produk tunggal yang berdiri tanpa syarat perlu dikepilkan dengan fungsi e-wallet Touch N Go.

Dalam product disclosure, kad Touch N Go adalah satu produk yang dikeluarkan oleh Touch N Go Sdn Bhd untuk kemudahan semua tol di Malaysia, tempat parking terpilih, kemudahan awam terpilih, kedai serbaneka terpilih dan taman tema terpilih. Kad ini menggunakan "contactless smart card technology" seakan kad kredit (kad prabayar). Kad Touch N Go ini perlu dianggap sebagai "kad untuk lebuh raya" dengan fungsi tambahan.

Cuba kita lihat Touch N Go E-Wallet.

Touch N Go E-Wallet adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat Touch N Go lain, bernama Touch N Go Digital Sdn Bhd. E-wallet ini bersifat dompet elektronik yang memegang wang.

Touch N Go Digital Sdn Bhd, baru mengumumkan untuk mengeluarkan kad prabayar khas untuk Touch N Go E-Wallet dengan kerjasama melalui Visa. Gabungan ini akan mengeluarkan kad yang boleh menyokong tambah nilai kad Touch N Go E-Wallet ini melalui E-Wallet yang disediakan.

Kena ingat yang syarikat Touch N Go Digital Sdn Bhd memegang lesen penerbit e-money oleh BNM sementara Touch N Go Sdn Bhd tidak memegang lesen tersebut, setakat semakan saya. Touch N Go Digital ada hubungan dengan Ant Financial Group. Sementara Touch N Go Sdn Bhd ada kerjasama dengan bank CIMB. Limitasi lesen ini menyebabkan yang kad Touch N Go untuk lebuhraya tidak patut dilayan sebagai kad prabayar yang dikepilkan bersama e-dompet.

Pendek kata, nama dan logo mungkin sama. Tetapi, struktur syarikat, objektif penubuhan dan undang-undang yang diguna pakai sedikit berlainan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2683739555261229&id=100008756312914