🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 11

2022-04-17 08:12:26
𝗦𝗠𝗥 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗗𝗜 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨

Kehadiran Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM), PW 1 Hayazi bin Abdul Aziz yang turut serta mengiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dalam Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu telah memberi peluang kepada anggota LLP TLDM untuk beramah mesra bersama RSM ATM pertama itu.

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=356310723204344&id=100064762566193
252 viewsMrRockabody, 05:12
Open / Comment
2022-04-16 14:42:28
𝗕𝗘𝗚 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Warga ATM sedang melaksanakan aktiviti pembungkusan beg raya untuk diagihkan kepada rakan seperjuangan yang sedang bertugas di sempadan negara sewaktu Hari Raya Aidilfitri nanti.

Assisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad serta pegawai kanan ATM turut serta membantu menjayakan aktiviti ini yang dilaksanakan di Kem Batu Kentomen.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ramadan2022
#raya2022
98 viewsMrRockabody, 11:42
Open / Comment
2022-04-16 14:40:15
‎الفَاتِحَة‎....

Salam takziah buat keluarga Allahyarham kedua-dua anggota serta warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Semoga waris kedua-duanya diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian di bulan mulia ini.

Semoga roh Allahyarham kedua-dua anggota dirahmati Allah S. W. T dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=304654355174907&id=100068910352053
85 viewsMrRockabody, 11:40
Open / Comment
2022-04-16 04:45:37
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗣𝗨 𝗕𝗨𝗧𝗧𝗘𝗥𝗪𝗢𝗥𝗧𝗛

BUTTERWORTH, 16 April 2022 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama isteri, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah telah menyantuni warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth (PU Butterworth) dalam sesi Majlis Berbuka Puasa anjuran PU berkenaan semalam.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/355568509945232
27 viewsMrRockabody, 01:45
Open / Comment
2022-04-15 11:16:01 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Tontoni Video Khas ''Terima Kasih Keluarga Malaysia'' yang diterbitkan bagi menghargai 77 buah syarikat, agensi, badan korporat serta individu atas sumbangan Hari Raya Aidilfitri yang diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam bentuk barangan serta wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,881,180.

Di samping itu, 15,000 beg Hari Raya dari sumbangan itu juga akan diagihkan kepada anggota yang bertugas di perbatasan sama ada di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga di luar negara di bawah misi Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Mindanao, Selatan Filipina di bawah International Monitoring Team (IMT).

Video ini juga sebagai mesej kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita semua menghargai kaamanan dan kesejahteraan hasil dari pengorbanan yang dicurahkan demi kedaulatan sebuah negara berdaulat.

Tontoni video di You Tube Angkatan Tentera Malaysia di:





Video Tajaan : System Consultancy Services Sdn Bhd

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
205 viewsMohd Riduan Yusoff, 08:16
Open / Comment
2022-04-14 16:01:01
158 viewsMohd Riduan Yusoff, 13:01
Open / Comment
2022-04-14 16:00:49 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙

Kuala Lumpur, 14 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein hari ini juga telah memaklumkan bahawa pencapaian terkini gerak kerja Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan pelbagai perancangan di bawah Pelan Tindakan 2022 yang merangkumi 8 Teras kini berjalan lancar.

Semalam, di Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, beliau telah mengumumkan bagi suku pertama tahun 2022, beberapa inisiatif penting yang
disasarkan tahun ini telah dapat dilaksana serta diselesaikan antaranya:

Pertama: daripada 7 projek Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) yang merangkumi 1,081 unit rumah yang di umum Januari lalu, 3 daripadanya telah selesai merangkumi 305 unit RKMAT Kem Segamat; 204 unit RKMAT Kem Pakit; dan 20 unit RKMAT Kem Oran.

Tumpuan ketika ini ialah untuk menyelesaikan 4 lagi projek RKMAT dalam tahun ini.

MINDEF juga mempunyai perancangan lebih besar iaitu membina 12,000 unit RKMAT baru dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 di bawah Blueprint Perumahan 3.0.

Kedua, usaha menambahbaik kadar dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mula membuahkan hasil apabila Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada 6 Mac lalu, dividen LTAT bagi tahun 2021 ialah 4.1% iaitu yang tertinggi sejak tahun 2019.

Fokus seterusnya ialah pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera (TAT) bagi membolehkan tabung persaraan yang diuruskan LTAT dijamin sepenuhnya oleh
Kerajaan. Kabinet telah memberi kelulusan secara prinsip dan ia akan dibawa ke Parlimen untuk dipinda pada tahun ini.

Demi kepentingan pencarum, terdapat dua perkara yang diberi penekanan dalam Pindaan Akta TAT ini iaitumemberikan fleksibiliti agar pencarum tentera boleh memilih untuk meningkatkan kadar caruman syer pekerja/individu lebih daripada 10%;dan membenarkan pencarum memilih untuk terus menabung dengan LTAT walaupun sudah tamat perkhidmatan.

Ketiga, kesemua 4 buah Littoral Mission Ship (LMS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diterima dan selesai ditauliahkan. MINDEF juga telah memulakan perancangan serius untuk melaksanakan perolehan LMS Batch Kedua. Ia akan bermula dengan 3 buah dan bakal dilengkapi sistem persenjataan lebih canggih.

Keempat, kesemua 6 helikopter MD-530G untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia (PUTD) telah selamat tiba di tanah air pada 21 Februari 2022 dan telah berada dalam proses penerimaan (Final Acceptance Test (FAT)) bagi keenam-enam helikopter berkenaan.

Kelima, perancangan untuk mempertingkatkan Trilateral Cooperative
Arrangement (TCA) ke peringkat Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia dan
Filipina telah selesai dimuktamadkan di DSA 2022. Ketiga-tiga negara juga sepakat untuk meluaskan penglibatan dalam TCA dengan
melibatkan Brunei Darussalam dan kini hanya menunggu perkenan KDYMM Baginda Sultan Brunei.

Keenam, penganjuran Defence Services Asia (DSA) 2022 akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai acara antarabangsa pertama
yang berjaya sejak negara dilanda pandemik. Biarpun tidak dibuka kepada umum, ia telah menarik kehadiran lebih 35,000 pelawat perdagangan, 350 delegasi VIP dan VVIP, lebih 1,000 syarikat dan lebih 20 pavilion antarabangsa.

Dalam masa sama, sebanyak 54 MoU dan Kontrak telah ditandatangani untuk
MINDEF dengan jumlah keseluruhan RM4.6 billion.

Perkongsian pencapaian bagi suku pertama MINDEF dan ATM adalah penting demi memastikan apa yang telah diumumkan, benar-benar berada di landasan dan menunjukkan keseriusan kepimpinan MINDEF dan ATM untuk memberikan terbaik buat warganya, rakyat Malaysia dan tanah air.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
160 viewsMohd Riduan Yusoff, 13:00
Open / Comment
2022-04-14 13:59:13
160 viewsMohd Riduan Yusoff, 10:59
Open / Comment
2022-04-14 13:58:58 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=354478353387581&id=100064762566193

Kuala Lumpur, 14 April 2022 - Selain dua insentif yang bakal dinikmati pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bermula esok, antara usaha lain dalam memperkukuhkan 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 yang juga telah diumumkan hari ini oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein adalah seperti berikut:

Bayaran Persinggahan Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengikut penjadualan kini telah dinaikkan daripada 𝗥𝗠𝟮𝟬 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮
𝗥𝗠𝟱𝟬 𝘀𝗲𝗵𝗮𝗿𝗶.

Anggota ATM yang berumur 45 tahun yang bakal menamatkan perkhidmatan bukan sahaja 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗙𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗚𝗮𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗥𝗲𝗵𝗮𝘁 (𝗙𝗚𝗖𝗥) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺 𝟭𝟱𝟬 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟲𝟬 𝗵𝗮𝗿𝗶tetapi juga 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝟴𝟬 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗰𝘂𝘁𝗶 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻.

Mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) agar 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗴𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗕𝗞𝗞) 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟯𝟱𝟬 yang diumum semasa pembentangan Bajet 2022 tempoh hari.

Kementerian Pertahanan Malaysia

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
166 viewsMohd Riduan Yusoff, 10:58
Open / Comment