Get Mystery Box with random crypto!

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages

2022-08-31 12:32:54
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗠, 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 - Sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2022 telah diadakan dengan penuh kemeriahan bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah merangkap Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM antara tetamu kenamaan yang turut hadir meraikan sambutan perbarisan Hari Kemerdekaan tahun 2022 yang kembali dilaksanakan setelah 2 tahun tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik Covid-19 yang melanda Negara.

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid05jTAdncnknr2d2RgSSvKQ4mRzeqsy3oDu47cJUsifLVR6jnfsG7QT7tPgeGBhXtWl&id=100064762566193
78 viewsMrRockabody, 09:32
Open / Comment
2022-08-31 12:30:06
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘-𝟲𝟱

Panglima Angkatan Tentera, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta seluruh warga ATM merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 buat seluruh Keluarga Malaysia.

Semoga kemakmuran & perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini akan kekal utuh terjalin dengan berpaksikan kepada pegangan rukun Negara yang kita sanjungi.

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah pengorbanan besar yang dibuat oleh generasi dahulu yang harus kita hargai dan pertahankan selamanya.

Salam Kemerdekaan buat seluruh Keluarga Malaysia!!!

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ATMSentiasaBersepadu
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#Merdeka2022
80 viewsMrRockabody, 09:30
Open / Comment
2022-08-30 19:02:42
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝟭𝟬𝘁𝗵 𝗗𝗘𝗙𝗘𝗡𝗦𝗘 & 𝗦𝗘𝗖𝗨𝗥𝗜𝗧𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗢𝗞

BANGKOK, 29 Ogos 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir ke pameran ‘10th Defense & Security 2022’ bertempat di Impact Exhibition and Convention Center, Bangkok, Thailand.

Acara dwitahunan ini adalah merupakan pameran utama yang diadakan di Thailand yang menghimpunkan delegasi, pelawat perdagangan dan pempamer dari seluruh dunia untuk mencipta peluang dan rangkaian perniagaan khususnya yang melibatkan aspek pertahanan melibatkan ketiga-tiga elemen pertahanan iaitu darat, laut dan udara serta aspek keselamatan dalam negeri.

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0Z6bsVvYLuofY46Cor7ifYsabpk2XkPswTnWtbREwDPSLuLH7dRMeND8UiaDX8bQal&id=100064762566193
221 viewsMrRockabody, 16:02
Open / Comment
2022-08-30 18:57:58
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡

Ikuti ucapan ringkas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 yang disiarkan oleh RTM - Radio Televisyen Malaysia.

Salam Kemerdekaan ke-65 dan Selamat Hari Malaysia Ke-59.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02kF1tHXZJLZ9d3rvyybn4rYqdksuqVv8aCF5G1ZNrzUcAc8amDMVAXn7UmxgnWgqEl&id=100064762566193
210 viewsMrRockabody, 15:57
Open / Comment
2022-08-29 15:59:10 𝗣𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗚𝗔𝗠 𝗦𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗠 𝗠𝗘𝗥𝗜𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

Pasukan pancaragam wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memeriahkan acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

Pegawai Brass Band Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Lt Nurul Fatin Hajar Ismadi berkata, ini merupakan satu penghormatan yang diberikan ATM kepada 30 anggota wanita Tentera Darat dalam mempelbagaikan kemahiran mereka selain aktiviti pertahanan negara.

Sumber daripada: Sinar Harian

Berita lanjut layari:
https://www.sinarharian.com.my/article/218637/khas/cerita-merdeka/pancaragam-srikandi-atm-meriahkan-hari-kebangsaan-2022

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#Merdeka2022
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
321 viewsMrRockabody, 12:59
Open / Comment
2022-08-29 14:59:10 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗔𝗡𝗗𝗢 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡

'Datang mu tidak diundang, jika ragu sila pulang'. Ayat keramat itu masih kekal dalam hati pesara komando Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Pegawai Waren II (B) Nor Muhamad Ahmad, biarpun sudah dua dekad meninggalkan pasukan elit tentera itu.

Nor Muhamad, 65, yang lebih dikenali dengan nama Md Deka mengakui dirinya sentiasa bersemangat patriotik lebih-lebih lagi apabila berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Sumber daripada: Berita Harian Online

Berita lanjut layari:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/994103/bekas-komando-bangga-berkongsi-tarikh-lahir-dengan-hari-kemerdekaan

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#Merdeka2022
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
293 viewsMrRockabody, 11:59
Open / Comment
2022-08-25 12:58:44
𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0R6EiLJHpmXT5H8duWBc9wHXLyRKVJcdtj8CDqFuKLvzKkfBwLz2qLRYTbB1qCZq5l&id=100064844284802
332 viewsMrRockabody, 09:58
Open / Comment
2022-08-25 10:33:24
𝗔𝗜𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗠𝗢𝗩𝗜𝗘 : 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 - 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Filem 𝗔𝗜𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗠𝗢𝗩𝗜𝗘 : 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 di pawagam yang berhampiran 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜

Bagi yang telah menyaksikan, jangan lupa bagi komen anda terhadap filem ini.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#AirForceTheMovie
#Merdeka2022
373 viewsMrRockabody, 07:33
Open / Comment
2022-08-24 09:37:06
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: 𝗥𝗘𝗚𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗡𝗘𝗥𝗦𝗛𝗜𝗣 𝗘𝗫𝗖𝗘𝗥𝗖𝗜𝗦𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗨𝗝𝗜 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗗 𝗟𝗘𝗞𝗜𝗨 𝗧𝗟𝗗𝗠

LUMUT, 24 Ogos 2022 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Kapal Diraja (KD) LEKIU yang diketuai Pegawai Memerintah, Kepten Mohd Reduan bin Ayob TLDM akan melaksanakan misi pelayaran bagi Regional Partnership Exercise 2022 selama 86 hari. Misi pelayaran ini merupakan komitmen mereka dalam eksesais multilateral, bilateral dan satu eksesais TLDM berskala besar melibatkan Eks MALINDO JAYA 26/22, Eks KAKADU 2022, Eks KERISMAS 2022 dan Eks MALAPURA 30/22. Kesemuanya akan dilaksanakan mulai 23 Ogos 2022 sehingga 17 November 2022

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/pfbid02HYQsmM25fGAz58ePdMHhHFLnPvu2uDh7xK3BKnHn8nQYpBs5AFnx8ZPmtJgnLmY2l
382 viewsMrRockabody, 06:37
Open / Comment
2022-08-24 09:34:19
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 Kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di - Pertua Negeri Melaka Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-73. Pada 24 Ogos 2022 bersamaan 26 Muharram 1444H. Semoga TYT Tun dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat oleh-Nya.

Setulus Ikhlas Daripada, JENERAL TAN SRI DATO‘ SRI HJ.AFFENDI BIN BUANG TUDM, PANGLIMA ANGKATAN TENTERA dan YAM TENGKU PUTERI SERI TEJA PUAN SRI DATUK HAJJAH TENGKU MUHAINI BINTI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PENGERUSI JEMAAH TERTINGGI BAKAT ATM SERTA SELURUH WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
274 viewsMrRockabody, 06:34
Open / Comment