🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 4

2022-06-06 04:30:35 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜-𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

Bagi yang terlepas mendengar Siaran Radio Nasional FM(Eksklusif) 95.3Mhz pagi ini bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain sempena Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang akan dilaksanakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 10 Jun 2022, tontoni di link You Tube Berita RTM - RTM - Radio Televisyen Malaysia.

https://fb.watch/dt3KALW01T/

#ATMSentiasaBersepadu
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
193 viewsMohd Riduan Yusoff, 01:30
Open / Comment
2022-06-05 08:38:01 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜-𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗗𝗨𝗟𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗔𝗚𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

Bagi yang terlepas menonton Program Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) pagi tadi bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM sempena Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang akan dilaksanakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 10 Jun 2022, tontoni di link You Tube Berita RTM - RTM - Radio Televisyen Malaysia.





#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
101 viewsMohd Riduan Yusoff, 05:38
Open / Comment
2022-06-04 04:02:42
Saksikan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bersiaran di program Selamat Pagi Malaysia (SPM) sempena Istiadat Mengarak Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, saluran TV1 pada 5 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
741 viewsMrRockabody, 01:02
Open / Comment
2022-06-03 11:10:59
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 & 𝗗𝗢𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗦𝗣𝗕 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2022 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang itu telah dimulai dengan bacaan Yasin dan doa selamat disusuli dengan Solat Maghrib secara berjemaah.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini adalah merupakan sebahagian daripada acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tahun 2022.

#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ATMSentiasaBersepadu
107 viewsMrRockabody, 08:10
Open / Comment
2022-06-03 11:06:44
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: ‘𝗔𝗜𝗥 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗠𝗢𝗩𝗜𝗘 : 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔’ - 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗙𝗜𝗟𝗘𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗣 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2022 - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam telah melaksanakan majlis Pelancaran filem bertajuk ‘Air Force The Movie – Selagi Bernyawa’ bertempat di No 8 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM diiringi oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara pelancaran tersebut.

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=388165826685500&id=100064762566193
82 viewsMrRockabody, 08:06
Open / Comment
2022-06-03 11:02:40
𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗧𝗠 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗘𝗗 𝗝𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜-𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚'

Warga ATM dari perkhidmatan Tentera Darat Malaysia , Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia terus komited melaksanakan latihan walaupun di bawah panas terik matahari sebagai persiapan bagi menjaya Istiadat Mengarak Panji- Panji Agong yang akan berlangsung pada 10 Jun 22 ini.

❜𝗣𝗥𝗔𝗖𝗧𝗜𝗖𝗘 𝗠𝗔𝗞𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗙𝗘𝗖𝗧❜

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=388297296672353&id=100064762566193
96 viewsMrRockabody, 08:02
Open / Comment
2022-06-02 03:52:37
𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗬𝗔𝗥𝗛𝗔𝗠 𝗝𝗘𝗡 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗥 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗡 𝗛𝗝 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗗 (𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗥𝗔)

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan seluruh warga ATM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Jen Tan Sri Dato’ Seri Dr Abdul Rahman Bin Hj Abdul Hamid (Bersara), 83 tahun yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.

Allahyarham merupakan mantan Panglima Angkatan Tentera ke-11 dan juga mantan Panglima Tentera Darat ke-12. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa-jasa Allahyarham. Marilah kita bersama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
251 viewsMrRockabody, 00:52
Open / Comment
2022-06-01 05:44:10
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟 𝗘𝗛𝗪𝗔𝗟 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗜𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 𝗜𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗥𝗔𝗡𝗗𝗨𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗠𝗢𝗨)
KUALA LUMPUR, 1 Jun 2022, - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik antara JHEV ATM (Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM) dan UNIRAZAK bertempat di Wisma UNIRAZAK, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Semalam, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM secara rasminya akan melebarkan lagi jaringan kerjasama dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Veteran ATM melalui memorandum persefahaman bersama pihak UNIRAZAK.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/386328710202545
338 viewsMrRockabody, 02:44
Open / Comment
2022-06-01 05:22:12 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗞𝗘-𝟲𝟰

Jangan lupa saksikan rakaman sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64 yang telah diadakan di Pangkalan Udara TUDM Subang pada pagi ini di pautan berikut:
https://fb.watch/dmwBZw1USn/

Sumber daripada:
Berita RTM

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#TenteraUdaraDirajaMalaysia
269 viewsMrRockabody, 02:22
Open / Comment
2022-06-01 05:01:40
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗨𝗗𝗠 𝗞𝗘-𝟲𝟰

Seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selamat menyambut Hari TUDM Ke-64. Semoga TUDM terus relevan sebagai "Kuasa Udara Perisai Kedaulatan Negara" selamanya.

Ikhlas:
Panglima Angkatan Tentera
Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM
Seluruh warga ATM

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
284 viewsMrRockabody, 02:01
Open / Comment