🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 6

2022-05-28 06:32:37
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗔𝗧𝗠 𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗞𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗗𝗜 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨

TELUK SEPANGGAR, 28 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz telah turun padang meninjau kawasan bagi cadangan pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang baharu untuk warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berkhidmat di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) semalam.

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=383585177143565&id=100064762566193
229 viewsMrRockabody, 03:32
Open / Comment
2022-05-26 05:44:50 𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 : 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗗 𝗗𝗜 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡

Saksikan Video ATM Highlight lawatan rasmi Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2022 di pautan berikut :





#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#aidilfitriatm2022
193 viewsMrRockabody, 02:44
Open / Comment
2022-05-25 11:35:37
202 viewsMrRockabody, 08:35
Open / Comment
2022-05-25 11:35:32
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗛𝗔𝗜𝗟𝗔𝗡𝗗 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dengan Kunjungan Hormat beliau kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM di Wisma Pertahananan hari ini.

Ketibaan beliau di sambut oleh Jeneral Tan Sri Affendi serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seterusnya diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) seramai 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat di ketuai Mej Mohd Noornazmin bin Abd Rahim.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/382216000613816
204 viewsMrRockabody, 08:35
Open / Comment
2022-05-25 06:28:39 𝗞𝗔𝗚𝗔𝗧 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 - Hari ini telah bermulanya Program Kembara Dakwah ATM Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dalam usaha menyemarakkan serta meningkatkan kefahaman dan kekuatan 𝘚𝘱𝘳𝘪𝘵𝘶𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘮𝘣𝘢𝘵 𝘗𝘰𝘸𝘦𝘳 anggota ATM melalui pengisian berbentuk kerohanian, kekeluargaan serta penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau-surau pasukan-pasukan yang dilawati.

Program yang juga kerjasama antara KAGAT dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut diisi dengan beberapa slot program secara FB Live yang boleh ditonton oleh semua masyarakat Malaysia melalui pautan FB Media KAGAT seperti berikut:

https://www.facebook.com/MediaKAGAT.

𝗞𝗮𝗽𝘀𝘂𝗹 𝗥𝗼𝗵𝗮𝗻𝗶 𝗜 :

Penceramah : Kol Hj Hasbullah bin Salleh
(Pengarah Agama MKTD)
Tajuk : “Kehidupan Yang Baik”
Masa : 1315H – 1400H
Tarikh : 25 Mei 2022 (Rabu)

𝗞𝗮𝗽𝘀𝘂𝗹 𝗥𝗼𝗵𝗮𝗻𝗶 𝗜𝗜 :

Penceramah : Lt Kol Abdul Jabar bin Yusuf
(PS 1 Agama MTL)
Tajuk : “Sakinah, Mawaddah, Warahmah”
Masa : 1915H – 2030H
Tarikh : 25 Mei 2022 (Rabu)

𝗞𝗮𝗽𝘀𝘂𝗹 𝗭𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗙𝗶𝗸𝗶𝗿 :

Penceramah : Lt Kol Mohd Jihadi bin Hj Ahmad
(Ketua Dakwah, Jab Arah KAGAT)
Tajuk : “Ibrah Syukur”
Persembahan Nasyid : Fursan
Masa : 1915H – 2100H
Tarikh : 26 Mei 2022 (Khamis)

Sumber: Media KAGAT.

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
251 viewsMohd Riduan Yusoff, 03:28
Open / Comment
2022-05-24 11:33:28 𝗟𝗘𝗙𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗬𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗛𝗔𝗭𝗪𝗔𝗡𝗜, 𝗡𝗔𝗩𝗬 𝗜𝗥𝗢𝗡 𝗟𝗔𝗗𝗬

Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman TLDM, graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan pegawai wanita pertama dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang memiliki kepakaran sebagai Pegawai Juruteknik Peluru serta Pegawai Pemusnah Peluru dan Bahan Letupan.

Walaupun sentiasa berdepan dengan situasi bahaya, beliau berjaya membuktikan kemampuan wanita di dalam ATM untuk berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki yang lebih mendominasi bidang itu.

Ikuti kisah lanjut beliau di pautan berikut:
https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2022/05/958853/peluru-bom-teman-kerja

Sumber daripada:
Berita Harian Online

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#SaksamaBersama
388 viewsMrRockabody, 08:33
Open / Comment
2022-05-23 12:37:18
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗠 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧

LUMUT, 22 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah hadir menyantuni warga TLDM Lumut ke sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Pangkalan TLDM Lumut bertempat di Dewan Shariff, hari ini.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/380319824136767
401 viewsMrRockabody, 09:37
Open / Comment
2022-05-22 06:01:50
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗠𝗜𝗡𝗧𝗢𝗡 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮, 𝗘𝗥𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗠

LUMUT, 22 Mei 2022 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Laut Lumut telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan pertandingan badminton Piala Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bagi tahun 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan, Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM sebelum pertandingan dimulakan melibatkan empat pasukan BAKAT iaitu BAKAT Darat, BAKAT Laut, BAKAT Udara & BAKAT Gabungan.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/379556020879814
423 viewsMrRockabody, 03:01
Open / Comment
2022-05-19 12:50:54 𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧 : 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝗔𝗧𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

Saksikan ATM Highlight Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM 2022 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2022 di pautan berikut :





#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#aidilfitriatm2022
187 viewsMrRockabody, 09:50
Open / Comment
2022-05-18 11:06:17
𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 .... 𝗟𝗞 𝗜 𝗧𝗡𝗟 𝗦𝗔𝗩𝗜𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗞𝗔𝗨𝗥 𝗝𝗢𝗚𝗜𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗡𝗚𝗛 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Hanoi, 17 Mei 2022 - Tahniah LK I TNL Savinder Kaur Joginder Singh (Tentera Laut Diraja Malaysia) atas kejayaan merangkul Pingat Gangsa ke-37 untuk Malaysia yang dimenangi bagi acara Olahraga 800m Wanita di Sukan Sea Ke-31, Vietnam.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/376186217883461
343 viewsMrRockabody, 08:06
Open / Comment