🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

ATM UPDATE

Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE A
Logo of telegram channel markasatm — ATM UPDATE
Channel address: @markasatm
Categories: News
Language: English
Subscribers: 2.39K
Description from channel

ATM UPDATE merupakan medium saluran perkongsian informasi berkaitan Angkatan Tentera Malaysia untuk dikongsikan bersama masyarakat umum. Just click...

Ratings & Reviews

3.00

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

1

4 stars

0

3 stars

0

2 stars

0

1 stars

1


The latest Messages 5

2022-05-31 09:47:27
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗔𝗧𝗕 𝟮 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗗𝗨𝗣 𝗥𝗢𝗞𝗢𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗥𝗠 𝟭 𝗝𝗨𝗧𝗔

TAWAU, 30 Mei 2022 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 8,650 karton rokok tidak sah (tidak bercukai) yang dianggarkan bernilai dianggarkan bernilai RM 1 juta selepas Tim Quick Reaction Force (QRF) yang sedang melaksanakan rondaan OP BENTENG BERSAMA menahan sebuah lori di Batu 3, Tawau pada awal pagi semalam.

Kejayaan tersebut adalah hasil maklumat awal oleh Radar Coastal Surveillance Station (CSS) yang berjaya mengesan pergerakan mencurigakan 4 buah bot laju dari arah Pulau Sebatik menuju ke Batu 3, Tawau. Hasil maklumat tersebut, Tim QRF segera diaturgerak bagi melaksanakan rondaan di sekitar kawasan tersebut dan berjaya menemui sebuah lori jenis bonded 1 Tan HICOM berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/3862636002
353 viewsMrRockabody, 06:47
Open / Comment
2022-05-31 06:11:16
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗢𝗣 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗘𝗡𝗚 – 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝟵 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗦𝗨𝗣 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗗𝗜 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟

LUBOK ANTU, 30 Mei 2022 – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya mengusir 9 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesi yang cuba menyelinap masuk ke dalam dalam negara dalam dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan Ladang Salcra Tabau Gerunggang, pada tengah malam 28 Mei 22 yang lalu.

Kumpulan PATI berkenaan telah ditahan oleh anggota keselamatan yang sedang membuat kawalan di persempadanan negara apabila berjaya mengesan pergerakan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan kaki kira-kira 2 kilometer dari sempadan Indonesia – Malaysia.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/385756830259733
334 viewsMrRockabody, 03:11
Open / Comment
2022-05-30 11:18:39
353 viewsMohd Riduan Yusoff, 08:18
Open / Comment
2022-05-30 11:18:31 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗕𝗮𝗶𝗸 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙, 𝗔𝗧𝗠 𝗗𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗔𝘄𝗮𝗺

Kementerian Pertahanan Malaysia akan menganjurkan 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟯𝟭 𝗠𝗲𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗿𝗼𝗷𝗮, 𝗞𝗲𝗺 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 booth perkhidmatan dan beberapa agensi luar mengambil bahagian dalam program ini seperti Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), cawangan psikologi dan lain-lain.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) turut menawarkan perkhidmatan cetakan kad veteran, rawatan perubatan Islam dari KAGAT, jualan daripada Malaysian Armed Forces Trading Corporation (PERNAMA), produk jualan dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), kempen derma darah serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.

Semua adalah dijemput hadir bagi memeriahkan Hari Bersama Pelanggan pada kali ini. Pelbagai Perkhidmatan disediakan termasuk cabutan bertuah menanti anda!

Ayuh jangan lepaskan peluang ini!!!

#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
469 viewsMohd Riduan Yusoff, 08:18
Open / Comment
2022-05-30 07:28:39
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠: 𝗕𝗦𝗘𝗣 𝗔𝗧𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗧𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗝𝗘𝗥𝗠𝗔𝗡

Hubungan Bilateral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Jerman terus diperkukuh melalui lawatan rasmi dan penyertaan seminar oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM dalam usaha memperkasakan lagi aspek keselamatan siber negara.

Program bilateral ini dimulai dengan lawatan rasmi oleh Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (KP SEP), Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin dan delegasi ke Bundesamnt FüR Sicherheit In Der Informationstechnik (BSI) – Federal Office for Information Security, Federal Republic of Germany pada 19 Mei 2022 yang lalu.

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/384073633761386
109 viewsMrRockabody, 04:28
Open / Comment
2022-05-30 07:27:02
79 viewsMrRockabody, 04:27
Open / Comment
2022-05-30 07:26:58
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗟𝗜 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗣𝗗𝗥𝗠/𝗣𝗧𝗗/𝗔𝗧𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyertai ujian kemahiran tembak anjuran Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) yang melibatkan 3 pasukan iaitu ATM, PDRM dan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) bertempat di Kompleks Lapang Sasar, Briged Tengah PGA Cheras, pada sabtu lalu.

Dalam siri ujian tembak pada kali ini menyaksikan Panglima Angkatan Tentera telah dinobatkan sebagai juara bagi acara 'Center Fire Shooting' & Juara bagi acara 'Shoot Off VIP' yang dilaksanakan secara berkumpulan terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara & Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA).

Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/pagemkatm/posts/384257180409698
86 viewsMrRockabody, 04:26
Open / Comment
2022-05-30 07:22:56
𝗔𝗧𝗠 & 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 : 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗧𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟮

Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 merupakan pengiktirafan dan penghargaan atas jasa sumbangan wartawan serta pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat. Di samping itu, mereka turut membantu memperkasakan aspek keselamatan serta kedaulatan negara terutama kerjasama media yang diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Demi kemajuan negara, kepentingan orang ramai, kemaslahatan masyarakat dan ketenteraman awam, golongan wartawan dan pengamal media berperanan besar untuk menyampaikan dasar serta program kerajaan, menyebarluaskan maklumat dan berita dengan penuh integriti serta tidak ketinggalan melebar luas berita berkaitan peranan dan tanggungjawab ATM demi kedaulatan negara berdaulat.

Selamat Hari Wartawan Nasional 2022 dari Panglima Angkatan Tentera, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan seluruh warga ATM.
98 viewsMrRockabody, 04:22
Open / Comment
2022-05-30 07:21:44
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜

Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM serta seluruh warga ATM mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat seluruh warga ATM dan rakyat Malaysia yang menyambutnya.
109 viewsMrRockabody, 04:21
Open / Comment
2022-05-28 06:35:45
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗕𝗢𝗥𝗗𝗘𝗥 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗜𝗧𝗧𝗘𝗘 (𝗚𝗕𝗖) 𝗞𝗘-𝟱𝟱, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 - Mesyuarat General Border Committee (GBC) ke-55 antara Malaysia dan Thailand yang lazimnya bersidang setiap tahun secara alternatif telah dilaksanakan dengan dengan jayanya dengan penuh kemesraan, suasana saling memahami dan mempercayai, serta semangat kejiranan yang baik.

Berita lanjut layari:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=382944873874262&id=100064762566193
263 viewsMrRockabody, 03:35
Open / Comment