2021-03-12 13:14:21
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗔𝗧𝗠 𝗔𝗚𝗜𝗛 𝗩𝗔𝗞𝗦𝗜𝗡 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗕𝗨, 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗨𝗟𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗥𝗜
SARAWAK, 12 Mac 21 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) telah mula mengagihkan vaksin COVID-19 untuk kegunaan anggota ATM yang berada di Sibu, Bintulu dan Miri pada pagi tadi.
Di bawah Program Imunisasi Covid-19 TD Peringkat 1 Divisyen, suntikan vaksin akan dilakukan di 6 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu 801 RSAT, PPAT 11 RAMD, PPAT 13 RAMD, 803 RSAT, PPAT 3 RRD dan PPAT 20 RAMD.
Proses pengagihan vaksin Comirnaty dari Pfizer BioNtech pada hari ini diketuai oleh Kapten Amirah Khan menggunakan pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Kuching menuju ke Sibu, Bintulu dan Miri.
Berita lanjut layari:
https://www.facebook.com/468681313203236/posts/5185232001548120/
74 viewsMohd Sufian, 10:14