2021-09-28 15:03:50
Kita fikir semuanya akan kembali normal, tapi sebenarnya tidak.
Keadaannya sudah berubah. Fitnah akan semakin banyak. Segalanya akan semakin dekat dan semakin dekat.
Bah sudah mula melanda.
Yang tak rasa bah itu akan terus hanyut bersama.
Mereka tidak merasa apa-apa kerana hanya follow the flow.
Jika kita hendak tahu adakah bah sudah benar-benar melanda, adakah orang sudah mula hanyut, cuba berpaut betul-betul pada syariat.
Jenguk ke bawah dan baru kita akan rasa betapa deras arusnya itu.
Ramai saudara kita yang sudah lemas.
Kita sendiri akan terasa terumbang-ambing dan seperti mahu lepaskan saja syariat itu supaya dapat follow the flow.
Begitulah ...
Sekarang bukan masanya lagi untuk relax dan have fun.
Sekarang adalah waktu untuk kita berpegang teguh pada syariat.
Arusnya sangat deras, ombaknya sangat ganas.
Jika ada berbuat dosa, lekas-lekas bertaubat.
Agar kita tidak hanyut dan terus karam.
Ingat, musuh-musuh Islam takkan berpuas hati selagi kita tidak lemas.
#BahAkhirZamanSudahMelanda
- Yuhanis Azam -
#dakwah
#tarbiah
#share
195 views12:03