Get Mystery Box with random crypto!

​​BERNIAGA APA PUN PASTI BOLEH BERJAYA ASALKAN ADA 5 PERKARA N | YH MARKETING™

​​BERNIAGA APA PUN PASTI BOLEH BERJAYA ASALKAN ADA 5 PERKARA NI

1. JAGA SOLAT DAN BERISTIGHFAR SELALU

Inilah kunci kejayaan bagi seorang mukmin, apabila mereka bertawakal kepada Allah dan menyerahkan segala urusan rezeki kepada Allah maka Allah pasti akan mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kita.

Ingat, Allah tidak menjanjikan 1 jalan sahaja dalam urusan rezeki ni tetapi dari 8 jalan iaitu seperti yang telah disebut dalam Al-Quran, rezeki asbab beristighfar, rezeki asbab sedekah, rezeki asbab berusaha, rezeki asbab bernikah, rezeki asbab anak, rezeki yang tidak disangka-sangka, rezeki asbab bersyukur dan rezeki yang dijamin Allah S.W.T sejak dari dalam perut lagi.

Jadi usah risau, sabar dan solat, kunci kejayaan.


2. SELALU MINTA DOA DARI IBU BAPA

Bagi mereka yang masih memiliki ibu dan ayah, alhamdulillah, itulah syurga kalian, mintalah restu dari ibu bapa, minta doa mereka. Tak perlu buat kejutan atau surprise dan berangan-angan jika sudah kaya mahu membahagiakan mereka tetapi jumpa mereka dihadapan mereka katakan kepada mereka yang kamu ingin berjaya, ingin membahagiakan mereka. Minta doa dari mereka.

Ibu dan ayahlah keramat kita dunia dan akhirat. Doa mereka mustajab dan tanpa hijab.

Dan bagi mereka yang tiada ibu bapa, banyakkan sedekah dan hadiahkan pahala sedekah itu kepada mereka. Pohon kepada Allah agar ampuni mereka dan rahmati mereka. In shaa Allah, rahmat dan keampunan Allah akan kembali kepadamu jua.


3. ISTIQAMAH / PERSISTANT

Kalau dalam perniagaan ni, pasti kita akan terjumpa dengan orang yang jual barang yang sama dengan kita.

Barang sama, harga berbeza. Jangan disebabkan harga yang mereka ofer lebih murah, maka kita pun perlu turunkan harga kita tetapi kita boleh beri "perkhidmatan tambahan" kepada mereka seperti memberi jaminan pada barang tersebut ke, memberi ofer tertentu pada mereka, followup selepas barang delivery dan sebagainya.

Inilah yang membezakan barangan kita beza dengan yang lain. Dan yang penting, kekal istiqamah atau persistant yakni berterusan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sabar dan terus berniaga dari masa ke semasa. Sebabnya bila sebut masa je, ada yang berniaga separuh jalan dan ada yang berterusan, di sinilah peluang perniagaan kita berkembang lebih cerah.


4. FOLLOWUP

Followup ni merupakan satu tools yang amat berkesan sebabnya tak semua peniaga suka followup client mereka, ada tu mereka sekadar menjual, dan selepas delivery mereka tidak followup semula.

Followup ni penting sebab dari situ kita boleh tahu sejauhmana perkhidmatan yang kita berikan pada mereka, client berpuas hati ke atau sebaliknya.

Disamping itu, dengan followup juga mampu memberi keyakinan dan kepercayaan client kepada kita


5. MESRA DAN GEMBIRA BEREMOJI

Kadang tu ada masanya kita mood swing, berbolak balik hati, ada masa gembira, ada masa berduka, jangan risau, itu sebabnya adanya fungsi emoji

Kalau saya letak emoji gelak, tentu anda fikir saya sedang ketawa sedangkan saya tak ketawa pun, kalau saya letak emoji macamni tentu reaksi anda juga lainkan?

Jadi rajin-rajinlah guna emoji ketika berkomunikasi dengan client anda kerana walaupun anda takde mood pun, kalau anda guna emoji gembira, orang pun akan gembira dan suka berkomunikasi dengan anda.

Sentiasa mesra dan bahagia ketika berkomunikasi dengan client anda kerana client anda telah bermurah hati untuk berkongsi rezekinya dengan anda dengan cara membeli barangan anda.

Ada seorang peniaga pernah berkata bahawa seseorang itu membeli barangan kerana dia suka kepada peniaga itu dan bukan sekadar barangan tersebut sahaja. Jadi rajin2 gunakan emoji dan mesra dengan client anda ya


Itulah 5 tips untuk berjaya dalam perniagaan, semoga bermanfaat.

Dan jangan lupa, share dan forwardkan message ini kepada yang lain, bagi mereka yang telah membaca, tekan button join ke channel @yhmarketing untuk info yang lebih menarik pada masa hadapan.

Jazakallahu khayran

@yhmarketing