Get Mystery Box with random crypto!

​​TAHUKAH ANDA APAKAH ITU DINAMAKAN SEBAGAI ALIRAN TRAFIC DI A | YH MARKETING™

​​TAHUKAH ANDA APAKAH ITU DINAMAKAN SEBAGAI ALIRAN TRAFIC DI ALAM MAYA?

Anda sudah tentu tahu, di jalan raya pasti terdapat lampu isyaratkan? dan jika anda perasan, di sesuatu tempat yang mengalami kepadatan penduduk yang tinggi maka akan adalah lebih banyak lampu isyarat di situ.

di alam maya pula, secara umumnya, orang akan menggunakan google chrome ataupun mungkin internet explorer dan sebagainya untuk membuat sesuatu carian.

katakan anda mempunyai satu brand, sebagai contoh seorang artis. apabila anda menaip namanya sahaja di carian sesawang google, maka akan keluarlah beberapa pilihan dan rata-ratanya adalah berkenaan artis tersebut.

dari pilihan pertama sehinggalah pilihan ke 5 dan seterusnya, boleh dikatakan satu muka surat carian di laman sesawang itu tentang artis tersebut.

inilah yang dinamakan sebagai internet traffic. anda dikenali, anda mempunyai ramai orang yang mencari anda di internet. maka jika semakin ramai yang mencari anda, maka anda akan mendapat aliran trafic yang tinggi maka kedudukan anda akan menjadi yang pertama dalam sesuatu carian laman sesawang terutamanya google.

di @yhmarketing, brand @yhmarketing
ini boleh dikatakan antara platform yang terkenal dalam carian google. anda type sahaja yhmarketing maka akan keluarlah carian tentang yhmarketing.

cuba anda type nama perniagaan anda di google, keluar ke tak?


Disini saya ingin berkongsi kepada anda 2 tips yang boleh anda gunakan untuk menaikkan lagi branding anda di laman sesawang google.

1. Ada website sendiri


Website sendiri ini amat penting kerana untuk memiliki website sendiri, anda memerlukan domain anda sendiri. domain ni dalam istilah mudah seperti nombor telefon anda.

jika anda memiliki nombor telefon, orang lain tidak boleh memiliki nombor telefon yang sama seperti anda.

ini kerana jika nombor telefon anda ramai orang guna, bagaimana nak tahu itu anda?

begitu juga domain, jika anda tidak membuat domain anda sendiri maka orang lain akan mengambil domain anda. dan domain ini tidak boleh dimiliki oleh anda sampai bila-bila lagi sehinggalah orang itu tidak menggunakan domain itu lagi.

dan apabila anda telah memiliki domain, maka anda memerlukan hosting. hosting ni pula seperti telefon bimbit anda. cuma bezanya ada banyak brand. ada apple, ada samsung, ada oppo dan sebagainya. begitu juga hosting, ada banyak orang yang membekalkan hosting ini dan anda boleh pilih yang mana anda suka.


2. Rajin-rajin promote website anda

apabila kata promote website sendiri ni, ia memerlukan beberapa kemahiran tertentu yang perlu anda kuasai. untuk rekod, @yhmarketing adalah suatu brand perniagaan yang mempromosikan paid review iaitu mempromosikan channel perniagaan secara berbayar atau autoswap iaitu mempromosikan channel berkaitan quote atau insipirasi atau apa jua yang sah disisi undang-undang secara percuma dengan syarat-syarat tertentu.

kami juga tidak memiliki facebook sendiri, tidak ada wechat sendiri, instagram dan media sosial yang lain cuma hanya ada whatsapp, telegram, twitter dan youtube sahaja.

jadi jika anda ada banyak media sosial, maka anda boleh mempromosikan website anda itu di media sosial anda sendiri. tetapi jika anda tidak tahu cara bagaimana untuk promosikan website anda, maka kami boleh bantu anda dengan cara paid review dengan kami.


begitulah beberapa tips dan perkongsian berkenaan trafic di alam maya ini. semoga bermanfaat.

bantu saya untuk share artikel ini kepada yang lain, dan click button join channel @yhmarketing untuk info yang menarik pada masa hadapan agar ramai lagi yang dapat pengetahuan yang berguna berkaitan perniagaan dan kehidupan lagi.

terima kasih. jazakallahu khayran. semoga berjumpa lagi.

@yhmarketing