Get Mystery Box with random crypto!

SOAL JAWAB AGAMA SOALAN: Saya ingin mengetahui boleh atau tid | Abang Akak Payung

SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin mengetahui boleh atau tidak perempuan yang sedang haid melakukan sujud syukur?

JAWAPAN: Syarat melakukan sujud syukur adalah bersamaan dengan syarat sembahyang iaitu antaranya ialah suci daripada hadas kecil dan hadas besar.

Oleh itu perempuan yang sedang dalam berhadas haid atau nifas haram melakukan sujud syukur sebagaimana diharamkan ke atas orang yang junub.

Berkata Imam Nawawi:

(فرع) قال أصحابنا وفى معنى الصلاة سجود التلاوة والشكر فيحرمان على الحائض والنفساء كما تحرم صلاة الجنازة لأن الطهارة شرط

Maksudnya: “Furu’: Telah berkata ashab kami dan bersamaan dengan sembahyang itu ialah sujud sajadah dan sujud syukur. Maka haram sujud sajadah dan sujud syukur atas perempuan yang sedang haidh dan nifas sebagaimana diharamkan solat jenazah dari kerana suci dari hadas itu menjadi syaratnya.” [Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Juz 2, m/s:353]

Wallahua’lam

Kredit: @pembinapkb

@CeritaKauAkuKita