Get Mystery Box with random crypto!

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Tahukah kamu siapaka | Pesan Hati🥀

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”

Para sahabat menjawab,

“Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang mahupun harta benda.”

Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lagi,

“Sebenarnya, orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari kiamat datang dengan membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati;

Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah سبحانه وتعالى akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah سبحانه وتعالى mencampakkan dia ke dalam neraka.”

(Riwayat Muslim)

- Ciknsyafiqah._