🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Ibu kepada kawan seperjuangan yang senantiasa ziarah Apek sema | Redhuan Cina Apek

Ibu kepada kawan seperjuangan yang senantiasa ziarah Apek semasa sama-sama bujang. Dalam tahun sekitar 1987 kawan bawa Apek duduk rumah mereka berapa bulan.

Ibunya kerja keras sara hidup semua, cergas badan berisi menyiapkan juadah sahur kami setiap pagi hari Ramadhan.

Selepas kawan berkahwin dan berpindah, Apek tidak bertemu lagi mereka sehingga akhir bulan puasa lepas.

Keadaan fizikalnya jauh berubah. Dia tiada sesiapa yang ada kenderaan dan masa membawa nya keluar. Begitulah ayat tanda yang Maha Esa senantiasa berikan tentang pusingan hidup.

Terharu dengan keadaan nya maka ambil peluang cuba balas jasanya yang kekal kenangan manis.

Pagi itu cuaca redup terasa sedikit gerimis padahal hujan lebat lain tempat. Angin sejuk meniup terlalu sedap rasa.

Dia begitu gembira menangis bersyukur ada hamba Allah bawa dia bersiar dan mengunjungi saudara mara.

Cukuplah sekadar sebagai peringatan kepada diri. Satu hari kami jua akan uzur dan tidak bermaya.

Kepada siapa lagi kami akan bergantung?

Semoga Allah kurniakannya ampun sekeluarga nya dan balas jasa mereka dulu kepada Apek dengan Jannah.

(Apek juga tengah fikir letak barangan untuk dijual di rumah makcik ini secara kredit. Sementara itu sesiapa yang ingin pesan buat masa ini bisa sama .. Cik Izzaan Iylia Rodzman di .. https://wa.link/a0xoj0 dengan dinyatakan sumbangan komisen Apek diberikan kepadanya).