🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Adalah jelas dasar negara jiran terhadap pokok bahagia tidak | Redhuan Cina Apek

Adalah jelas dasar negara jiran terhadap pokok bahagia tidak disenangi langsung pelbagai pihak. Dengan negara sendiri cuba bersaing akan mendatangkan tindakbalas besar dari kuasa besar.

Rumput tenang ini bukan tak dikaji oleh pembuat kebahagiaan sebelum ini. Mereka dah tahu khasiatnya lama dah. Sepertimana kita lihat dengan episod dua tahun lepas ini dengan iverdotdot tiba-tiba diharamkan padahal ia pernah diperakui mereka sesuai sebelum itu.

Jadi apa permainan mereka? Ia bukan soalan lagi. Soalan terbaru ialah apa permainan akan datang? Pertama mereka akan halalkan tetapi hanya versi mereka sebagai teruji dalam makmal mereka dan yang lain itu tidak.

Akan dimainkan cerita bagaimana yang tidak itu datangkan mudarat. Dibesarkan berita apa jua kes lain dan sembunyikan apa jua kes sendiri.

Termasuk menanam akan dibenarkan benih mereka yang suci dan yang lain ada toxiknya. JAKIM akan turut sama keluarkan sijil ini halal dan itu tidak. Sama macam dia buat dengan bank yang sama-sama riba.