🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Allah janjikan rezeki. Berbetulan rumah keturunan Indonesia se | Redhuan Cina Apek

Allah janjikan rezeki. Berbetulan rumah keturunan Indonesia sebelah Masjid Indonesia mengadakan kenduri arwah selepas solat Jumaat sebagai alasan sebarkan masakan kalangan keluarga dan jiran-jiran masyarakat Muslim minoriti berdekatan SUKHUMVIT Bangkok sini yang khutbahnya pun sepenuh bahasa Thai tanpa sebarang ayat Melayu terdengar kalangan makmum.

Tetapi rezeki lebih tinggi ialah berbual dengan tuan rumah, Puan Hasni yang lahir disini 80 tahun yang lepas dimana bahasa ibundanya tinggal kenangan. Jadi kita lebih senang berbual dalam bahasa penjajah Inggeris.

Rezeki lebih tinggi dari itu, ikram Muslim silaturahimnya cukup tinggi mempelawa saya sebagai musafir kerap mari kunjung mereka.

Apek cuma nak kaji selidik sejarah seseorang. Dari mana dia datang, bagaimana dia lalui kehidupan, apa pengajarannya.

Bukan dari buku, bukan dari guru.

Ar-Rahman, Alamal Qur'an.

Dialah guru.