🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Siri #diaricikgu Sempena Hari Guru 2021 Perkongsian Cikgu Jef | Arus Teachers Network

Siri #diaricikgu Sempena Hari Guru 2021

Perkongsian Cikgu Jefri
Cikgu Mohd Jefri, 37, guru sebuah sekolah dalam penjara di Kota Kinabalu telah mengimpikan kerjaya sebagai seorang guru sejak di bangku sekolah lagi. Murid-murid beliau merupakan banduan muda. Beliau merasakan kepuasan yang tidak terhingga apabila melihat anak murid yang diberi peluang kedua berjaya dalam bidang akademik, akhlak dan sahsiah, lagi-lagi apabila mereka berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA. Beliau berharap agar dapat terus istiqamah untuk mendidik mereka di sebalik tirai besi.