🔥 Burn Fat Fast. Discover How! 💪

Cikgu ada kenal pelajar 14-18 tahun yang suka melukis, mewarna | Arus Teachers Network

Cikgu ada kenal pelajar 14-18 tahun yang suka melukis, mewarna dan apa sahaja aktiviti artistik?

Token penghargaan wang tunai RM200 menanti Guru Penyelaras yang mendaftarkan 1 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang peserta dan membimbing kumpulan tersebut sehingga penyertaan bagi Pembentangan Projek Akhir.

Program Kerjaya Impian Sesi #2: Artis Visual | 21 Ogos (Sabtu) | 8.15PM-10.15PM | Terbuka kepada 30 peserta terpilih sahaja.

Dengarkan tentang pelbagai kerjaya sebagai seorang artis visual dalam industri ini dari Arif Rafhan, yang pernah bekerjasama dengan Datuk Lat sendiri. Arif juga akan kongsikan tips bagi mereka yang ingin menceburi industri ini.

Kemudian bina kemahiran bersama Amamijan dalam Bengkel Kemahiran 1.5 jam.

www.fundfor.life/impian untuk mendaftar minat anda sebelum 17 Ogos! Peserta terpilih akan dimaklumkan 3 hari sebelum program.