Get Mystery Box with random crypto!

AstroMet Malaysia

Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia A
Logo of telegram channel astrometmalaysia — AstroMet Malaysia
Channel address: @astrometmalaysia
Categories: Education
Language: English
Subscribers: 14.22K
Description from channel

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Ratings & Reviews

3.33

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

2

3 stars

0

2 stars

1

1 stars

0


The latest Messages

2023-07-24 16:16:20 Bersama Cik Sarah Nordin dari Kompleks Baitul Hilal, MAINS berkongsi mengenai program serta aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Falak Negeri Sembilan 2023.

https://fb.watch/l_cPcLxVpQ/?mibextid=Nif5oz
529 views13:16
Open / Comment
2023-07-24 09:23:06
Malam ini,
Bicara Santai Falak sempena Bulan Falak Negeri Sembilan 2023...

Cik Siti Sarah Nordin,
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang

24 Julai 2023
Isnin
9:00 malam

LIVE FB BAHAGIAN FALAK & SUMBER MAKLUMAT
978 views06:23
Open / Comment
2023-07-22 07:14:42
Selamat menyambut hari Sarawak buat rakan - rakan dari Sarawak .
1.6K views04:14
Open / Comment
2023-07-21 10:48:31 " The Eagle has landed . . "
..

54 tahun yang lalu, tepat jam 04:17 AM , 21 Julai 1969 ( waktu Malaysia ) , Satu sejarah di dalam dunia penerokaan angkasa lepas telah tercipta .

Apollo Lunar Module ( LM ) ' Eagle ' yang menempatkan dua angkasawan misi Apollo 11 iaitu Neil Armstrong dan Edwin ' Buzz ' Aldrin telah selamat mendarat di permukaan Bulan di sekitar kawasan yang dikenali sebagai Tranquility Base .
..

06 jam 36 minit selepas pendaratan Lunar Module , iaitu pada jam 10:56 AM ,
Neil Armstrong telah keluar dari Lunar Module dan menjejakkan kaki ke permukaan Bulan buat pertama kalinya . kejayaan tersebut telah meletakkan nama beliau sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke permukaan Bulan .

20 minit selepas detik bersejarah itu , giliran Edwin ' Buzz ' Aldrin pula menjejakkan kakinya ke permukaan Bulan .
..

Mereka berdua bersama - sama mengumpul lebih 21 Kilogram sampel batuan dan debu di Bulan untuk dibawa kembali ke Bumi .

Edwin ' Buzz ' Adrin mengambil masa sekitar 01 jam 33 minit berada di luar Lunar Module sebelum kembali memasukinya lalu diikuti Neil Armstrong 41 minit kemudian .
..

Setelah 21 jam 36 minit berada dipermukaan Bulan , Lunar Module yang menempatkan dua angkasawan itu tadi mula memasuki fasa meninggalkan permukaan Bulan untuk kembali bercantum dengan satu lagi Modul yang terlibat dengan misi Apollo 11 iaitu Apollo command and service module (CSM) ' Columbia ' yang sedang berada di orbit Bulan .
..

* Untuk pegetahuan semua , misi Apollo 11 merupakan misi ke Bulan yang melibatkan modul angkasa lepas Apollo command and service module (CSM) dan Apollo Lunar Module (LM) serta tiga orang angkawasan Amerika syarikat iaitu Neil Armstrong , Edwin ' Buzz ' Aldrin dan juga Michael Collins .

Hanya Dua daripada mereka iaitu Neil Armstrong dan Edwin ' Buzz ' Aldrin telah menjejakkan kaki ke permukaan Bulan manakala seorang lagi angkasawan iaitu Michael Collins hanya berada di dalam Apollo command and service module yang mengorbit Bulan tatkala Lunar Module mendarat di permukaan Bulan .
..

* Kredit imej :- NASA
2.0K views07:48
Open / Comment
2023-07-21 10:48:28
1.5K views07:48
Open / Comment
2023-07-19 09:35:45
Imej Anak Bulan ( Hilal ) Muharram 1445 Hijrah yang kelihatan dari Balai Cerap Selangor pada hari semalam.
2.5K views06:35
Open / Comment
2023-07-18 16:55:58
Jambatan Guillemard.

Jambatan Guillemard merupakan jambatan kereta api terpanjang di Malaysia dan merupakan jambatan kereta api kedua tertua di Malaysia selepas Jambatan Victoria di Perak.

Jambatan sepanjang kira-kira 600 meter ini merentasi sungai Kelantan dari Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah telah dibuka secara rasmi pada 1925 oleh Sultan Muhammad IV dan dinamakan bersempena dengan nama Gabenor British bagi Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Laurence Guillemard.
2.3K views13:55
Open / Comment
2023-07-18 13:24:20
SALAM MAAL HIJRAH

* Doa akhir tahun Hijrah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444 Hijrah bersamaan 18 Julai 2023.

* Doa awal tahun Hijrah pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023  bersamaan 1 Muharram 1445 Hijrah. Berdasarkan kalendar Hijrah, pertukaran tarikh bermula tatkala masuk waktu Maghrib.
4.6K views10:24
Open / Comment
2023-07-14 10:42:08
3.1K views07:42
Open / Comment
2023-07-14 10:42:08 𝘼𝙥𝙖 𝙙𝙞 𝙇𝙖𝙪𝙣𝙘𝙝𝙋𝙖𝙙:
𝘾𝙝𝙖𝙣𝙙𝙧𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 3: 𝙋𝙧𝙤𝙟𝙚𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙧𝙪 𝙄𝙣𝙙𝙞𝙖 𝙠𝙚 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣!

Kawan-kawan, pernah dengar tak tentang Chandrayaan 3?
Chandra tu sendiri adalah Bulan dalam Bahasa Sanskrit tauu!

Chandrayaan 3 ni adalah projek angkasa lepas dari India (ISRO), yang bertujuan untuk menghantar sebuah lagi kapal angkasa ke bulan. Sebenarnya, ia adalah misi kedua India ke bulan selepas Chandrayaan 2 yang dihantar pada tahun 2019.

Ok, jadi bila Chandrayaan 3 ni akan dilancarkan? Sebenarnya, tarikh pelancarannya adalah pada 14 Julai HARI INI pada jam 5:05 petang waktu Malaysia.

Jom bersama kami dalam Apa di Launchpad bersama tetamu khas, Vanmitha Athimoolam, Pengarah & Pengasas Wau Rocketry USM pada HARI INI!
Tarikh : 14 Julai 2023
Masa : 4:45 pm - 5:45 pm
Platform : Live Streaming
Facebook : https://fb.me/e/8MAztKThq
Youtube https://www.youtube.com/live/Bsw0Q5ZMGx0?feature=share

Apa yang menarik pasal Chandrayaan 3 ni ialah misi dia untuk mendarat di Bulan dengan selamat. Bukan senang tau nak ke Bulan, kena melepasi graviti Bumi, kemudian masuk pula ke graviti Bulan sebelum perlahan-lahan mendarat di permukaan Bulan. Fuh, cabaran besar ni!

Chandrayaan 3 ni akan ada menaiki sebuah roket Launch Vehicle Mark-3 (LVM3) yang akan membawa pendarat robotik Bulan, Vikram dan juga perayau Bulan yang diberi nama Pragyan.

Dalam kapal angkasa tu, ada pelbagai peralatan canggih yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat tentang permukaan bulan. Misalnya, ada kamera dan instrumen sains yang akan mengesan mineral dan menganalisis tanah bulan tu.

Kita harap misi ni berjaya mencapai matlamatnya untuk mendarat dengan selamat di Bulan dan mengkaji permukaan Bulan. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti nama Malaysia akan mencipta kejutan dengan penemuan baharu di Bulan. Jom kita sokong kemajuan dalam sains dan teknologi ni!

Sumber :
https://www.space.com/india-ready-launch-chandrayaan-3-moon-mission
https://twitter.com/SpaceIntel101/status/1678532733474045952/photo/1
https://indianexpress.com/article/explained/explained-sci-tech/chandrayaan-3-launch-tomorrow-the-two-moon-missions-compared-8831747/

Like & Follow Media Sosial Apadilangit:
https://linktr.ee/apadilangit
2.6K views07:42
Open / Comment