Get Mystery Box with random crypto!

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin K
Logo of telegram channel bercakapdenganjin — Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin
Channel address: @bercakapdenganjin
Categories: Uncategorized
Language: English
Subscribers: 3.41K
Description from channel

MANUSKRIP BERCAKAP DENGAN JIN
Karya TAMAR JALIS
🤲al fatihah kpd penulis
Allahyarham dlm memori
(13.9.1940 - 26.8.2018)
.
.
KISAH SERAM / CERPEN
📝 Koleksi seram pelbagai sumber termasuk pengalaman admin dan followers BDJ sendiri.

Ratings & Reviews

3.50

2 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

0

1 stars

0


The latest Messages

2022-07-22 10:04:03 PPE TAIKO LIST Jumaat
Be my guests. Just click and join.
=========================


''aku TAK PEDULI apa yang orang cakap.''
~ @LantakAhh

''English QUOTES only.''
~ @OhMyQuotes

''kisah SERAM tamar jalis bersama atuknya.''
~ @BercakapDenganJin

''TIPS dan pelbagai PETUA.''
~ @GayaSihatCantik

"Segala jenis LAWAK yang menghiburkan.''
~ @GifLawak

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

all tumblr wallpaper is here
~ @fwallpapers


NOTA : Stay list 24jam

=========================
provided by @PPEpromoter_bot
87 viewsPromot TAIKO Jumaat, 07:04
Open / Comment
2022-07-20 20:45:55 Saya tidaklah dapat memenuhi ajakan itu, kerana saya mahu balik ke rumah isteri saya di Perak. Kalau hari raya, saya terpaksa balik kedua-dua tempat sekali. Sekiranya hari pertama saya balik ke rumah emak saya di kampung, maka pada hari raya kedua terpaksalah saya ke kampung mertua saya di Perak.

“Lagi pun kami nak tahu cara mana Ustaz melakukan perubatan tidur itu” Abang Unus pula mendesak.

“His, tok guru kita lagi tahu” sahut saya tersengih-sengih mengerling ke arah ayah saya.

“Tok guru suruh tanya pada Ustaz” Mat Haidi cepat-cepat memotong.

Disebabkan Abang Unus hendak sangat cara tidur itu, saya pun menyuruh dia mengambil wuduk. Kemudian saya suruh dia berzikir seperti yang dilakukan selama ini.

“Kadangkala tak mahu menjadi, kalau orang yang hendak ditidur itu tidak cukup zikirnya? “ ujar saya kerana was was juga tidak dapat memenuhi kehendak Abang Unus. Lagi pun kalau kali pertama dilakukan belum tahu menjadinya, malah diamalkan seterusnya sampai beberapa hari barulah dapat dilakukan.

Bagaimana pun saya bertawakal saja dengan harapan kehendak Abang Unus ini. Bukanlah semua doa kita boleh makbul, kadangkala ada orang sakit bertambah penyakitnya bila didoakan. Semuanya bergantung kepada Allah, sedangkan kita tidak tahu samada doa kita dimakbulkan atau tidak.

Alhamdulillah. Sekali cuba saja Abang Unus dapat ditidurkan. Saya bakar hujung jari kakinya untuk mempastikan sama ada dia benar-benar dapat ditidurkan atau sengaja berpura-pura tidur untuk menjaga hati saya. Memang benar dia dapat ditidurkan kerana kakinya tidak bergerak pun apabila dibakar tadi.

Setelah saya yakin dia tidur, saya suruh dia membaca Al Fatihah tiga kali kemudian keluar dari badan. Kemudian menuju ke rumah Jubir di Tanjung Karang. Tetapi saya tidak lama membiarkan dia begitu, disebabkan itulah pertama kali saya cuba menidurkan dia.

Selepas bangun semula, saya bertanya apa yang dilihatnya semasa terpandang rumah Jubir. Katanya dia nampak satu kepulan asap di sudut pagar rumah Jubir. Dari kepulan asap itu dia ternampak seorang lelaki tua terapung-apung . Orang tua itu merenungnya dengan marah.

“Tuju situ ajelah bila ke rumah tu” saya mengesyurkan.

Malam esoknya, apabila Jubir menjemput ayah saya, Abang Unus dan Mat Haidi, saya sudah balik semula ke Kuala Lumpur. Hanya saya mendapat tahu kemudian memang Abang Unus menuju ke penjuru pintu pagar yang dilihat nya sebelum itu. Dia merasa hairan kerana apa yang dilihatnya di masa ditidurkan, ternyata sama seperti yang dilihatnya ketika itu. Keadaan rumah itu juga tidak berubah langsung seperti dilihatnya sebelum itu.

Dia terus ke penjuru pagar yang terdapat lubang sampah. Apabila ayah saya dan Mat Haidi naik ke rumah, Abang Unus ke penjuru pagar itu. Ayah saya dan Mat Haidi sembahyang sunat dahulu, barulah memulakan doa. Manakala Abang Unus pula berdiri di penjuru pagar itu membacakan Ayat Kursi.

Ketika ini dia nampak kepulan asap tebal naik di situ cuba mengelilingi dia, tetapi setiap kali kepulan asap itu mahu menghampirinya, asap itu terputus-putus seperti ditiup angin kencang. Abang Unus terus membaca Ayat Kursi sehingga 113 kali. Dia tidak tahu apa yang dibuat oleh ayah saya dan Mat Haidi di rumah, kerana dia dapat melihat kepulan asap yang dilihatnya sebelum itu melalui tidur.

Abang Unus merasakan takjubnya kejadian itu, tetapi cepat teringatkan semula pesan saya bahawa tidak ada yang menakjubkan. Hanya manusia yang tidak dapat menjangkau ilmu Allah saja yang mengatakan heran atau taksubnya.

Setelah kepulan asap putus-putus seperti ditiup angin, akhirnya hilang. Barulah Abang Unus naik ke rumah. Kadir juga ada di rumah semasa ayah saya dan rakan-rakannya berdoa. Apa yang dicakapkan oleh Kadir kepada ayahnya, itu jugalah yang dicakapkan oleh ayah saya kepada Jubir. Sejak itu ayah saya memberitahu tidak ada lagi gangguan di rumah Jubir.

TAMAT Bab 20.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
154 viewsAmir Ahmad, edited  17:45
Open / Comment
2022-07-20 20:45:55 Apabila anak-anak balik semula ke rumah masing-masing, Jubir dan isterinya kembali seperti biasa. Pagi lagi selepas subuh, mereka ke bandar berniaga di pasar. Jubir akan meraih ikan, ketam, kerang di Jeram. Memang teringat juga akan pesan Kadir supaya jangan tinggalkan solat zohor dan asar, tetapi dalam keadaan kotor dan berbau tidak jadilah dia solat. Sementara Semah juga tidak dapat mahu solat, kerana sukar mahu membawa telekung dan kemudahan berwuduk.

Hanya 3 minggu selepas kejadian aneh itu, sekali lagi Jubir terkejut apabila sampai ke rumah kira-kira jam 9.00 malam, keadaan rumahnya, seperti kejadian sebelum itu juga. Pintu dan tingkap-tingkap terbuka. Barang-barang perabut bersepah seperi diselongkar orang.

Besoknya dia ke Rembau menemui dukun yang menanam rumput sambau di empat ppenjuru rumah. Bagaimanapun dukun berkenaan enggan mengulangi kerjanya, kerana dia sendiri semasa balik dari mengubat Jubir telah dihalang oleh asap. Hampir lemas dia apabila diserbu oleh asap yang tidak tahu dari mana datangnya.

“Carilah orang lain pula Cik Jubir” ujar dukun itu lemah. “Kalau dah tak ada nanti, saya boleh cuba lagi” katanya memberi jaminan yang tidak boleh diharap sangat.

Setelah itu Talip membawa ayahnya berjumpa seorang lagi dukun di Kelebang dekat Melaka. Dukun itu enggan pula datang ke Tanjung Karang tetapi memberikan air yang sudah dijampi, disuruh siramkan ke sekeliling rumah. Dua minggu sahaja gangguan tidak ada, tetapi selepas itu berlaku lagi.

“Kerana terpaksa mencari dukun, ayah pun tak dapat berniaga, iya tak? “ Kadir menyindir bila diberitahu kepadanya.

“Jadi apa salahnya ayah berniaga sampai pukul empat petang saja, lepas tu balik. Buat apa berniaga sampai pukul 9.00 atau 10.00 malam baru nak balik ke rumah” katanya macam memarahi kedua orang tuanya.

Kadir membawa ayahnya berjumpa dengan seorang kawannya di Gedangsa itu bernama Saleh yang bekerja menjadi kerani di Kuala Lumpur.

Saleh pernah jatuh dari jeram tatkala berkelah menyebabkan tulang rusuknya patah. Dia telah dimasukkan ke hospital, hampir sebulan terlantar. Tetapi setelah ditepuk-tepuk oleh ayah saya, dia sudah boleh berjalan sendiri walaupun masih tertenjot-tenjot. Apabila Kadir menceritakan masaalah yang dihadapi oleh ayahnya itu kepada Saleh, lantas Saleh mengajak Kadir menemui ayah saya itu.

Semasa saya balik ke kampung kerana Hari Raya Haji , ayah saya memberitahu mengenai Jubir menghadapi masalah itu.

“Tapi, Tanjung Karang itu jauh,” beritahu ayah saya.

Sebenarnya dia belum memutuskan sama ada mahu pergi atau tidak, kerana ayah saya tidak akan pergi kalau tidak bersama dua tiga orang lagi rakannya. Dia tidak akan melakukan berseorangan, tetapi mesti dibantu oleh rakan-rakannya.

Ketika saya ada di rumah ayah saya ini rakan-rakannya juga ada. Mereka berbual-bual dengan saya mengenai beberapa kejadian yang pernah ditempuhnya semasa mengikut ayah saya mengubati orang.

“Bukan kita yang mengubati orang” saya mengingatikan mereka. “Kita hanya berdoa, hanya dengan izin Allah saja orang yang kita dokan itu boleh sembuh,” ujar saya.

Abang Unus kawan ayah saya itu tersenyum, kerana dia tahu saya seorang yang rajin belajar ugama. Dia pernah berguru dan mempelajari Usuluddin dari seorang guru agama murid Tok Kenali , Kelantan.

“Itulah yang saya datang ke sini kalau dengar ustaz balik. Saya dah banyak dengar dari ayah ustaz, fasal ramai orang datang nak berubat dengan ustaz.” Abang Unus tersengih-sengih.

Selalunya kalau saya balik ayah akan memberitahu kawan-kawannya terutama Abang Unus dan Mat Haidi yang selalu mengikut dia kalau dipanggil orang. Abang Unus dan Mat Haidi akan segera datang untuk berbual-bual dengan saya.
Dari Abang Unus inilah baru terbuka cerita dari Tanjung Karang Jubir yang meminta ayah saya datang ke rumahnya. Biasanya ayah saya tidak mahu bercerita kemana akan pergi, malah dengan emak saya pun dia tidak akan menceritakan kalau ada orang mengajaknya mengubati orang sakit.

“Eloklah ustaz ikut kami sekali” kata Mat Haidi pula. “ Malam esok Pak Cik Jubir tu datang jemput” dia memberitahu.
103 viewsAmir Ahmad, 17:45
Open / Comment
2022-07-20 20:45:55 #KoleksiTokAwangNgah

ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

(Bab 20 bahagian 2)

Ketika mereka berkumpul adik beradik ini terbau bau asap seperti sampah terbakar. Disebabkan masih lagi siang iaitu kira-kira jam 6.00 petang, maka dapatlah dilihat asap itu datangnya dari hujung pagar. Memang lubang sampah ada disitu, tetapi siapa pula yang membakar sampah.

Dalam masa sampah terbakar mengeluarkan asap pekat tiba-tiba saja meja makan di dapur terangkat setinggi kira-kira sekaki beralih tempatnya, sampai kedepan tangga dapur ke induk rumah. Eton cepat-cepat berkejar mahu mempastikan samaada angin bertiup kuat atau tidak, baru dia berkejar ke pintu dapur, peti ais pula terangkat kira-kira sekaki juga dan dialihkan ke ruang tengah.

Terpekik Ijah yang mengikut kakaknya di belakang melihat kejadian tersebut. Belum pernah dia melihat kejadian aneh seperti ini, yang tiba-tiba sahaja berlaku ketika mereka adik beradik berkumpul.

Bachik pula berkejar menahan peti ais itu menguji kuasa apakah yang melakukan perbuatan itu. Tetapi dia tidak merasa apa-apa kuasa pun selain dari peti ais itu terangakat sendiri saja.
Talip mengambil penyapu memukul di bahagian peti ais, kerana dia pernah mendengar petua supaya melakukan demikian. Sekalipun dipukul dengan penyapu tidak ada juga tanda-tanda diagakkan perbuatan siapakah itu. Selepas peti ais terangkat, kerusi meja di serambi pula berpusing dengan tidak bersebab.

“Macam mana ni bang?” Talip keheranan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Cepat-cepat dia mengambil pil yang dibekalkan oleh doktor. Ketika dia meminum air bagi menelan pil didapati air itu merah macam bercampur dengan darah.

Ijah sekali lagi terkejut kerana didapati jenang pintu yang dipegangnya pun merah dengan darah. Berlari dia mendapatkan emaknya semula.
Eton juga tidak berani ke dapur. Meremang bulu romanya bila mahu melangkah ke dapur untuk membetulkan meja makan. Tingkap juga terbuka terkatup seperti ditiup angin pada hal angin tidaklah bertiup kencang. Talip dan Bachik cuba menutup tingkap itu supaya berhenti terbuka terkatup, tetapi dimana tempat yang dipegang terpalitlah darah merah yang masih cair seperti darah hidup.

Bertambah heranlah mereka dengan kejadian itu. Selama ini hanya mendengar keanehan tersebut dari emak ayahnya saja, tetapi sekarang mereka sendiri melihatnya. Sementara mereka semua kelam kabut, Kadir pula hanya tersandar juga tidak melakukan apa-apa. Dia duduk di hujung kaki ayahnya seperti tidak menghiraukan keadaan adik beradik yang kelam kabut itu.

Selepas 15 minit kejadian itu terus juga berulang. Kadir bangun dari duduknya lantas mengambil wuduk, nasib baik pula apabila dia mengambil wuduk tidak ada kesan darah keluar dari kepala paip. Selepas itu dia pun terus azan, semua kejadian aneh yang mereka lihat tadi hilang sama sekali. Asap yang tebal dari lubang sampah juga hilang tidak ada kesan langsung yang sampah di situ dibakar.

“Tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh melawan kuasa Allah,” Kadir memarahi keluarganya kerana selama ini mereka selalu saha menganggap pandangannya sebagai fanatik.

“Buat apa kita syak wasangka padahal diri sendiri yang melupakan Allah,” ujarnya lagi.

“Tak ada siapa melupakan Allah,” sahut Semah memandang anaknya Kadir mengesat air mata.

“Kalau tak lupakan Allah, masakan syaitan datang menganggu “ jelas Kadir masih kecewa dengan sikap keluarganya selama ini yang lebih mementingkan harta dunia sehingga melupakan amal ibadat.

Tetapi dia tidak berdaya menghalang mereka, kerana masing-masing ada kebebasan. Sekiranya keluarga dalam keadaan miskin tentu menyusahkan masyarakat juga. Bagaimanapun harapan Kadir bukanlah tidak mementingkan langsung harta dunia, kerana semua manusia dikehendaki mencari rezeki. Tetapi janganlah kerana mencari rezeki sampai melupakan suruhan Allah, sampai tidak campur gaul dengan masyarakat, sampai tidak hiraukan orang sekeliling.
93 viewsAmir Ahmad, edited  17:45
Open / Comment
2022-07-20 19:03:03 PPE Denebola STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@ServisFollowersCikWina
SERVIS MEDIA SOSIAL TERBAIK PADA ABAD KINI

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@ItsAllAboutUs
Luahan Kata, Cerita Kau & Aku. Just Quotes

@Nukilanterpendam
Nukilan ini sebagai coretan rasa.

@salescart
PAKAIAN TERCANTEQ DENGAN HARGA MURAH!!!


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
115 viewsDenebola Star, 16:03
Open / Comment
2022-07-19 18:56:01 PPE Caph STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@GayaSihatCantik
PETUA dan TIPS bermanfaat.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@thinkpositivee
Pelangi muncul selepas hujan

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@lovestoryneverend
This Love Story All About Us

@thekopipanas
Motivasi itu adalah untuk setiap hari.

@GadisSolehah
Wanita Hiasan Syurga

@QuotesByEnglish
Kuiz Soalan Panas


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
162 viewsCaph Star, 15:56
Open / Comment
2022-07-19 10:03:03 PPE TAIKO LIST Selasa
Be my guests. Just click and join.
========================


"Aku TAK PEDULI apa orang nak cakap."
~ @LantakAhh

"ENGLISH is a LANGUAGE, not a KNOWLEDGE."
~ @OhMyQuotes

"Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO."
~ @quotephotovideo

"PETUA tradisional dan pelbagai TIPS."
~ @GayaSihatCantik

"Kisah tamar jalis dan atuknya"
~ @BercakapDenganJin

"Pelbagai MENU dan TIPS dapur."
~ @ResepiDuniaMasakan

"Cinta itu menjadi buta kerana nafsu."
~ @CintaLuka


NOTA : Stay list 24jam

========================
provided by @PPEpromoter_bot
172 viewsPromot TAIKO Selasa, 07:03
Open / Comment
2022-07-19 02:52:19 CARIAN PANTAS CHANNEL BDJ

CERPEN PERTAMA
t.me/BercakapDenganJin/3


========================
INTRO / MANUSKRIP BDJ
- Bercakap Dengan Jin
t.me/BercakapDenganJin/121

Selamat membaca.
Doakan arwah penulis BDJ, tuan tamar jalis ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al fatihah
(tiada lagi sambungan siri Bercakap Dengan Jin)


=========================
Rujukan hastag

#cerpen #KisahSeram

#faktaMistik #videoBDJ

#VideoSeramPendek

#VideoKisahSeram

#KoleksiTokAwangNgah

169 viewsAmir Ahmad, 23:52
Open / Comment
2022-07-18 18:55:00 PPE Birdun STAR
Jom klik dan join channel di bawah

@ResepiDuniaMasakan
Resepi SEANTERO dunia.

@GayaSihatCantik
PETUA dan TIPS bermanfaat.

@BercakapDenganJin
kisah SERAM tamar jalis berdepan penghuni alam GHAIB

@AlauyahCraft
Kraftangan mengait dan handmade DIY

@CintaLuka
ketika HATI dilukai, CINTA tidak ingin lagi ku MILIKI.

@SemuanyaMurah
KOLEKSI pakaian harga GUDANG.

@SweetSadQuotes
Buat Hati Yang Terluka Gembira

@LuahanHatiPelbagaiDialek
PELBAGAI LOGHAT DALAM MALAYSIA


kekalkan list selama 24JAM

•×××ו×××ו×××ו×××ו×××ו
ASP by @PPEpromoter_bot
156 viewsBirdun Star, 15:55
Open / Comment
2022-07-18 15:23:02 🇵​🇵​🇪​ LEGENDARY SLOT
~ Pakatan Pentagon Empire ~
List Isnin

CHANNEL PUBLIC

KOLEKSI: Petua, Resepi, GIF, Video, Lawak

@GayaSihatCantik
@GifLawak
@BercakapDenganJin
@ResepiDuniaMasakan


BUSINESS / KERJA KOSONG

@AlauyahCraft
telegram.me/SemuanyaMurah
@KerjaKosongSatuMalaysia
@NamingCloset
@begmurahfesyenterkini_freepos


DIARI, LUAHAN, CORETAN.

@DearHati
@CintaLuka
@LantakAhh
@terushijrahofficial
@HatimilikAllah


QUOTES DAN DAKWAH

@QuoteTalks
@OhMyQuotes
@kitabdoa
@tarbiahkartun
@KataNasihatAgamaDanSyair


NOTA : Stay list 24jam

BERMINAT JOIN? Hubungi kami di @PPEpromoter_bot
TERIMA KASIH
157 viewsPPE Isnin, 12:23
Open / Comment