Get Mystery Box with random crypto!

𝐒𝐞𝐜𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐢 𝗪𝗲𝘀 𝟯-𝟮 𝗖𝗵𝗲 𝑴𝒓𝑪𝒆𝒏 Bertandang ke Stratford, Lo | Chelsea FC Malaysia ⚽

𝐒𝐞𝐜𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐢

𝗪𝗲𝘀 𝟯-𝟮 𝗖𝗵𝗲
𝑴𝒓𝑪𝒆𝒏

Bertandang ke Stratford, London; Chelsea yang tidak dalam 'form' yang bagus sejak 2 perlawanan terdahulu perlu berdepan 2021 Big Team Killer. 𝑆𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑎𝑖𝑛? 'Expected and predicted line up' dengan Chelsea tanpa 'striker' yang kemarau, bermula dengan Ziyech, Mount dan Havertz sebagai 'forward-trio'.

𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒊𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏?
Perjalanan perlawanan ditunjukkan daripada kesebelasan utama West Ham sebenarnya, dengan 'Duo-DMF' menerusi gandingan Tomáš Souček dan Declan Rice; 'sit-deep, defend and counter' berteraskan 5 pemain bertahan sepanjang masa.

Perancangan David Moyes nampak memadai, memadatkan kawasan berdepan kotak penalti, menghakang Chelsea daripada beroleh ruang untuk meledak ke gawang. Namun walaupun begitu, Chelsea masih berupaya mendapatkan 'breakthrough', ironinya menerusi 'set piece' berdepan West Ham yang diketahui sebagai sebuah pasukan yang paling cemerlang menjaringkan 'set piece goals' musim ini.
Michail Antonio tidak melompat, dan Thiago Silva meledak GOALLLLLLLLL!

Chelsea di depan, 1-0.

Paten perlawanan tidak berubah selepas itu, dengan Chelsea yang mendahului pula kelihatan selesa dengan pendahuluan, malah sebenarnya sangat selesa cara mainnya. Dan seperti perlawanan minggu lepas, Jorginho melakukan 'dumb-act' sekali lagi; melakukan 'un-sangkarable back-pass' mencari Mendy. 'Back-pass' yang bodoh ketika Antonio berada dalam laluan bola, mendorong Mendy kelam kabut dan memberikan penalti.
Lanzini menyempurnakannya untuk GOALLLLLLLLL penyamaan West Ham.

1-1.

Namun Chelsea cepat ber-reaksi, Mason Mount berhasil menyamakan kedudukan 1 minit sebelum masa sebenar ditamatkan. Hantaran Rice kepada Soucek yang 'wrong-footed' menjadi asbab kepada 'crossfield ball' Hakim Ziyech. Mount berada di tempat yang wajar untuk menyudahkan ianya dengan 'first-time side-footed finish'; GOALLLLLLLLLLLLL!

Chelsea kembali di depan, 2-1.

Separuh masa kedua bersambung; dan Chelsea terpaksa mengeluarkan Kai Havertz yang mengalami 'ankle injury' (harap tak teruklah, teruk nau ni 'injury problem' Chelsea) hasil 'tackle' dari Kurt 'Monster' Zouma. Lukaku masuk, dan Chelsea kembali kurang merbahaya bermain dengan 'focal point'. Penyakit kronik yang makin kritikal kan?
West Ham kemudiannya meladeni '2nd half' dengan lebih yakin, mengambil kesempatan daripada 'passive defending display' ditunjukkan Chelsea. Kealpaan Rudiger terlepaskan bola mendorong kepada GOALLLLLLL penyamaan West Ham oleh Bowen. Ia kemudiannya dituruti 'miracle GOALLLLLL' Masuaku yang memberikan West Ham kemenangan mutlak 3-2 ke atas 'league leader'.

'Worst defending, stupid game and a deserve result'

Chelsea kalah.

𝑲𝒆𝒔𝒊𝒎𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏
Apa nak kata?
Tidaklah bermain teruk, tetapi bertahan secara teruk oleh situasi-situasi kelalaian, kealpaan dan kebodohan yang memberi kesan negatif kepada keputusan perlawanan. Ianya kini tiga perlawanan berturutan menyaksikan Chelsea melepaskan gol daripada kesilapan-kesilapan sendiri yang menaikkan semangat lawan pada masa yang sama membunuh semangat sendiri.

Berakhir sudah penguasaan di takhta liga, yang mana walaupun Chelsea masih sedang di atas, Liverpool bermain jam 11 malam, diikuti City pada 1.30 pagi; bakal menyaksikan Chelsea tersungkur ke kedudukan ke 3 sebaik subuh esok hari. Ianya merisaukan, memandangkan Chelsea semakin kurang cengkaman kepada permainan, setelah seorang demi seorang pemain mengalami kecederaan, paling dirasakan ketiadaan N'Golo Kante yang menyebabkan Chelsea hilang kuasa bertahan dari tengah padang.
Ini kini 3 perlawanan berturutan dengan pintu gol Chelsea dibolosi, sekaligus perjalanan 12 perlawanan (8 dalam liga) tanpa kalah kini telah berakhir. Jika adapun sedikit situasi penyedap hati, ia tidak lain kerana menyedari West Ham yang menewaskan Chelsea ini, telah sebelumnya menewaskan Liverpool, Tottenham, Everton, Leicester City; malah menyingkirkan Manchester United dan Manchester City sekaligus dalam EFL Cup.

Jom bertenang.