Get Mystery Box with random crypto!

Rose gold merupakan campuran emas + copper (tembaga) ATAU camp | Cincin Silver 925 Tulen

Rose gold merupakan campuran emas + copper (tembaga) ATAU campuran emas + perak. Gabungan logam ini yang menghasilkan warna emas yang cenderung lebih kemerahan atau pink.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips penjagaan cincin Silver Rose Gold untuk kekalkan saduran dan kilaun dia.

Sebenarnya cara penjagaan dia lebih kurang sama macam Sterling Silver 925, namun Silver 925 with Rose Gold plating ini perlukan extra penjagaan kerana lapisan luaran nya saduran emas.

Saduran Rose Gold ini boleh tahan bertahun bergantung cara penggunaan masing-masing.

Tips Penjagaan Perhiasan 925 Silver Rose Gold :

1) Elakkan basahan/terkena air – Elakkan daripada memakai aksesori sewaktu Mandi, Berenang, Cuci pinggan dan pakaian. Pastikan ia sentiasa kering. Jangan dedahkan aksesori pada bahan kimia atau klorin kerana ia menyebabkan perubahan warna.

2) Elakkan pakai masa buat aktiviti lasak – Seperti bersukan, bersenam, berkebun, berenang atau apa-apa sahaja aktiviti yg berat. Ini bagi mengelakkan perhiasan dari tercalar, kemek atau tergeser dengan benda kasar.

3) Elakkan pakai bila berpeluh yang terlalu banyak - Ini kerana peluh kita akan menghasilkan reaksi chemical kepada Rose Gold plating dan akan membuatkan perhiasan anda menjadi cepat pudar dan kusam.

4) Simpan dalam bekas yang tertutup – Pastikan simpan perhiasan dalam plastik yang kedap udara (Zip-lock bag), balut dengan tisu dan simpan asing dari aksesori lain. Elakkan menyimpan semua perhiasan dalam kotak yang sama, kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan seperti tergores dan berpintal.

5) Elakkan terkena bahan kimia – Seperti perfume/losyen/cecair pencuci/klorin dan sebagainya. Pastikan semburan perfume dan losyen anda kering dahulu atau telah meresap sepenuhnya dekat badan baru pakai perhiasan.

6) Aksesori adalah perkara terakhir anda pakai dan pertama yang anda tanggalkan – Adalah lebih baik anda memakai aksesori fesyen setelah selasai bersolek, menyapu losyen badan dan menyembur perfume. Hal ini bagi memastikan perhiasan anda tidak terdedah dengan bahan-bahan kimia. Selain itu, bagi mengelakkan barang perhiasan anda tersangkut pada baju, tudung.

7) Pakai sekali sekala – Padankan aksesori dengan pakaian dan gantikan selalu mengikut gaya pakaian anda. Dengan ini, ia akan membantu memelihara aksesori fesyen anda untuk jangka masa yang lebih lama dan mengurangkan risiko pudar atau kusam. Memakai perhiasan secara berterusan/kerap boleh mengakibatkan perubahan warna dan proses tarnish itu lebih cepat.

8) Cara cuci – Guna air suam dan sedikit serbuk pencuci pinggan, rendamkan seketika dan angkat. Keringkan perhiasan dan lap secara lembut dengan kain Microfiber, jangan guna Polishing cloth untuk lap perhiasan gold plating kerana ia akan membuat gold plating itu terkelupas.